....

Sunday, December 11, 2011

Wajib beli insurans haji, umrah

Umat Islam yang ingin menunaikan haji dan umrah secara persendirian diwajibkan membeli pakej lengkap perlindungan insurans dari ejen pelancongan sah dan berlesen.

Presiden Persatuan Ejen Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), Datuk Mohd Khalid Harun, berkata syarat itu selaras ketetapan Kementerian Pelancongan mengikut Seksyen 6(1A) Akta Industri Pelancongan 1992 yang mewajibkan jemaah haji dan umrah mendapat perlindungan takaful.
“Baru-baru ini, Kementerian Pelancongan memberi notis kepada semua agensi pelancongan berlesen mengenai penguatkuasaan syarat untuk mengenakan cagaran RM100,000 kepada kementerian.

“Sehubungan itu, MATTA berunding dengan kementerian supaya dengan adanya instrumen perlindungan insuran, kelonggaran akan diberi kepada ejen pelancongan,” katanya

Skim perlindungan insurans yang diperkenalkan MATTA itu menawarkan tiga pelan kepada bakal haji dan umrah iaitu Pelan Asas, Pelan Premium dan Pelan Premium Tambahan dengan harga premium minimum serendah RM40 hingga RM140.

Mohd Khalid berkata, melalui Skim Takaful Kemalangan Diri MATTA Haji & Umrah, bakal jemaah akan mendapat perlindungan dalam kes perjalanan terkandas, kematian, kemalangan, sakit dan sebagainya.
Sementara itu, beliau berkata, pergolakan politik Asia Barat tidak mengubah sentimen masyarakat untuk terus ke luar negara malah lebih 100,000 orang bakal menunaikan umrah tahun ini berbanding 90,000 orang tahun lalu.

“Sentimen ini banyak dipengaruhi kemudahan infrastruktur dan pemodenan di Makkah dan Madinah yang memberi kemudahan kepada pengunjung menunaikan ibadat ziarah berbanding dulu,” katanya.

Sumber : www.bharian.com.my/bharian/articles/Wajibbeliinsuranshaji_umrah/Article/

Maklumat lanjut? Lawati saya di blog penangtakaful.blogspot.com atau facebook "Penang MAA Takaful"
Berminat? Dapatkan Contoh Polisi Takaful untuk Anda
disini secara Percuma
Interested? Get your free Takaful Quotation
here 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...