....

Sunday, December 11, 2011

MAA Takaful sasar RM1b

MAA Takaful Bhd menyasar pemerolehan pendapatan RM1 bilion dalam tempoh lima tahun akan datang dibantu usaha giatnya melahirkan ejen insurans yang mempunyai kelulusan profesional dan komited.

Ketua Eksekutifnya, Salim Majid Zain, berkata bagi mencapai sasaran itu, MAA Takaful yang kini mempunyai kira-kira 11,000 ejen dengan hampir separuh daripadanya ejen aktif, menyasarkan kira-kira 1,000 daripada ejen berkenaan akan mempunyai kelulusan Pengurus Penasihat Kewangan Bertauliah (CMFA) menjelang tempoh berkenaan.

Beliau berkata, memiliki ejen dengan kelulusan CMFA membolehkan syarikat menawarkan perkhidmatan lebih baik dan berkesan kepada pelanggan, sekali gus mampu menjana pendapatan yang lebih baik untuk syarikat.
Ini terbukti kerana kira-kira 70 peratus pendapatan syarikat kini disumbangkan oleh ejen kami yang memiliki CMFA, katanya kepada media di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau berkata demikian selepas majlis memeterai perjanjian persefahaman (MoU) antara MAA Takaful dengan LIMRA International (LIMRA) dan Center for Research and Training bagi tujuan latihan kepemimpinan, pensijilan profesional serta pengiktirafan antarabangsa untuk ejen insuran syarikat itu.

Pada majlis sama, MAA Takaful turut mengadakan majlis graduasi CMFA untuk 30 ejen insurans kumpulan itu.

MAA Takaful yang memulakan operasinya pada Julai 2007 adalah syarikat takaful pertama di dunia yang melahirkan sekumpulan ejen insurans yang memiliki CMFA.
Ia kini menguasai kira-kira 20 peratus pasaran industri takaful di Malaysia dengan tahun lalu mencatatkan pendapatan RM150 juta.

Salim berkata, sebahagian besar pendapatan syarikat itu kini disumbangkan oleh perniagaan insurans hayat dengan sumbangan sebanyak 60 peratus, manakala 40 peratus disumbangkan oleh perniagaan insurans am.

Beliau berkata, sejak ditubuhkan, MAA Takaful mencatatkan prestasi membanggakan apabila sudah mula meraih keuntungan sejak operasi penuh tahun pertamanya lagi pada 2008.

Sumber : www.bharian.com.my/bharian/articles/MAATakafulsasarRM1b/Article/

Maklumat lanjut? Lawati saya di blog penangtakaful.blogspot.com atau facebook "Penang MAA Takaful"
Berminat? Dapatkan Contoh Polisi Takaful untuk Anda
disini secara Percuma
Interested? Get your free Takaful Quotation
here 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...