Kadar penembusan industri takaful di Malaysia masih rendah iaitu pada kadar 8% membuktikan masih ramai rakyat di negara ini tidak mempunyai perlindungan takaful.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata pemain industri takaful perlu mengambil langkah strategik meningkatkan kadar pemilikan insurans atau sistem takaful melalui pengeluaran produk berinovatif dan sesuai untuk pengguna.
“Kita mahu menjadikan Malaysia sebagai hab industri perbankan dan kewangan Islam bagi mencapai sasaran menjadi negara maju berpendapatan tinggi. Jadi, perlu ada usaha ke arah itu dan industri takaful juga mempunyai peranan penting
“Kita mengharapkan takaful juga dapat menarik lebih ramai penyertaan rakyat dengan produk yang baik sejajar usaha menjadikan ia industri tempatan dan global berimpak besar.
Jamil Khir berkata, rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan kaum perlu menerima takaful dengan positif kerana sistem ini menjadi perantara kewangan yang fleksibel berteraskan konsep tolong-menolong apabila mereka ditimpa musibah.
“Dengan sokongan kepada takaful, kita bukan saja dapat membantu diri sendiri dan keluarga, sebaliknya menolong orang lain sekali gus mengembangkan industri ini di Malaysia, ” katanya.
Sumber : www.bharian.com.my/bharian/articles/IndustritakafuldiMalaysiamasihrendah/Article/
Maklumat lanjut? Lawati saya di blog penangtakaful.blogspot.com atau facebook "Penang MAA Takaful"
Berminat? Dapatkan Contoh Polisi Takaful untuk Anda disini secara Percuma
Interested? Get your free Takaful Quotation here
....
Showing posts with label Takaful. Show all posts
Showing posts with label Takaful. Show all posts
Sunday, December 11, 2011
Saturday, October 29, 2011
Insurans Konvensional itu HARAM !! tetapi tidak Takaful

Sebenarnya apa yang menyebabkan Insuran itu HARAM. Ada banyak faktor sebenarnya setelah mengkaji dan meneliti. Sebagai pembukaan saya paparkan di sini fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan selainnya :
• Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan kali ke-16 pada 15-16 Februari 1979 memutuskan Insuran Nyawa ( Konvesional ) sebagaimana dikendalikan kebanyakan syarikat insuran adalah HARAM dan sebagai suatu muamalat yang fasad kerana akadnya tidak sesuai dengan prinsip islam iaitu : Mengandungi unsur Gharar ( ketaktentuan ), Mengandungi Unsur Judi,Mengandungi Muamalat Riba dan Maisir.
• Kesatuan Fiqh Islam ( Majma’Fiqh ) yg dianggotai oleh ulama dari seluruh dunia islam yang diasaskan oleh Persidangan Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) dalam mesyuaratnya di Jeddah pada 22-28 Disember 1995 memutuskan selepas mengkaji semua jenis dan bentuk insuran,bahawa ianya mengandungi unsur Fasid dan HARAM
Apa yang menjadikannya haram?? Insuran adalah sesuatu peniagaan yang diniagakan oleh Syarikat Insuran. Oleh itu ia melibatkan proses jual beli. Factor ini yang membezakan dengan Takaful dan menjadikan ia HARAM. Takaful dapat lari dari unsur2 HARAM ini kerana Takaful bukan proses jual beli.
INSURAN MENGANDUNGI UNSUR GHARAR
Jelas di dalam sabda Rasulullah SAW dalam hadith sahih Baginda melarang jual beli yang mengandungi unsur Gharar ( riwayat Muslim ).
Gharar bermaksud Ketidakpastian atau ketaktentuan. Dalam transaksi muamalah ia membawa maksud "Terdapat sesuatu yang ingin disembunyikan oleh sebelah pihak dan ianya boleh menimbulkan rasa ketidakadilan serta penganiayaan kepada pihak yang lain".
Menurut ibnu Rush pula "Kurangnya maklumat tentang keadaan barang (objek), wujud keraguan pada kewujudkan barang, kuantiti dan maklumat yang lengkap berhubung dengan harga. Ia turut berkait dengan masa untuk diserahkan barang terutamanya ketika wang sudah dibayar tetapi masa untuk diserahkan barang tidak diketahui".
Ibn Taimiyah pula mengatakan "Apabila satu pihak mengambil haknya dan satu pihak lagi tidak menerima apa yang sepatutnya dia dapat".
Al-Gharar ditakrifkan dalam Kitab Qalyubi wa Umairah menyatakan Mazhab Imam Al-Shafie mendefinasikan gharar sebagai: "Satu (aqad) yang akibatnya tersembunyi daripada kita atau perkara di antara dua kemungkinan di mana yang paling kerap berlaku ialah yang paling ditakuti".
Prof Madya Dr. Saiful Azhar Rosly menyatakan:
"Gharar yang dimaksudkan dalam perbahasan sah atau tidak sesuatu kontrak itu merujuk kepada risiko dan ketidakpastian yang berpunca daripada perbuatan manipulasi manusia mengakibatkan kemudaratan ke atas pihak yang dizalimi. Umpamanya dalam jual beli kereta terpakai, pembeli tidak diberitahu tentang keadaan sebenar kenderan tersebut. Setelah selesai perjanjian jual beli, gharar dalam objek jual beli itu boleh dijadikan alasan membatalkan kontrak. Ini kerana gharar itu terhasil daripada perbuatan zalim yang disengajakan".
Kenapa ia mengandungi Gharar??. Antaranya :
• Sekiranya tidak berlaku sesuatu musibah, maka wang premium yang dibayar hangus. Memang ada sesetengah syarikat insuran yang mempunyai pelan sebegitu. Walaupun saya dahulu tidak pernah menjualnya. Namun ia tetap syubahat. Ia bertepatan dengan Gharar di mana satu pihak mendapat keuntungan dan satu pihak lagi tertindas.
Dalam insuran terdapat unsur barang yang tidak jelas. Terdapat syarat sah jual beli dalam islam. Jika salah satu dilanggar, maka jual beli itu tidak sah. Ini kerana barang yang dijual ( Ma’kud Alaih ) tidak jelas. Apa yang menjadikan ia haram kerana ketidak jelasan barang itu. Dan syarat barang yang ditetapkan syarak tidak dapat dipenuhi seperti :
[a] Barang tersebut dapat diserahkan dalam majlis akad.
[b] Masa penyerahannya telah ditetapkan.
[c] Barang tersebut telah ditentukan jenis dan kuantitinya.
[d] Tempat untuk diserahkan barang telah ditentukan.
[e] Bukan barang yang mengandungi unsur-unsur najis dan dilarang Syarak.
Sekarang yang menjadikan ia HARAM adalah [b]..Insuran adalah menjual jaminan kewangan. Jaminan kewangan berkaitan risiko. Oleh itu barangnya adalah risiko. Sekiranya berlaku risiko, dapatlah pampasan. Jika tidak, tiadalah. Setengah akan dapat simpanan dan ada juga hangus. Permasalahannya sekarang risiko kita tidak tahu bila akan berlaku. Esok ke? Lusa ke? Minggu depan ke? . Maka jual beli itu sah kerana walaupun jual beli itu bertempoh. Tempohnya diberitahu yang mana bila kita akan mendapat barang itu. Itu mengandungi unsur Gharar. Dan ia juga melanggar syarat jual beli.oleh itu jual beli itu tidak sah. Maka ia haram.
Juga menimbulkan Gharar bila pemegang polisi juga kadang2 ragu2..dapat ke claim nanti?kalau meninggal anak bini aku akan dapat ke RM300K yang dijanjikan?
INSURAN MENGANDUNGI RIBA
Riba ini juga banyak yang menjadikan Insuran HARAM. Namun ramai antara kita hanya memahami Riba terjadi apabila ada interest. Seperti Insuran Konvensional, kita boleh membuat pinjaman melalui polisi yang ada. Ada juga agent atau syarikat menggalakkan membuat pinjaman ini. Bila hendak bayar, kena interest. Maknanya ia Riba. Jika dikira interest. Pinjaman rumah, pinjaman beli kerete, kad kredit juga mempunyai interest. Susahlah nak hidup. Tetapi sebenarnya kita sebagai islam mempunyai pilihan. Kita ada pinjaman secara islam. Jadi wajib kita elakkan riba itu. Namun ada juga mengatakan sama sahaja dgn pinjaman islamik. Cuma tukar nama sahaja.interest kepada upah. Sebenarnya ianya lain. Makna nama dan cara diuruskan membawa maksud lain.
Selepas di kaji .rupanya bukan riba itu sahaja yang terdapat dalam Insuran. Ia berlaku kerana jika ditimpa musibah. Syarikat Insuran akan membayar pampasan. Maknanya jual beli ini melibatkan Wang dengan Wang. Dan dengan jumlah yang berbeza. Nabi SAW mensyariatkan apabila kamu bermuamalah dengan dua item ribawi yang sama jenis ( contoh Insuran adalah Wang dengan Wang ), mestilah dengan syarat :
• Sama timbangan
• Sama Nilai
• Diserahkan ketika Mua’malah dilakukan
Syarat in bersumberkan dari hadith :
Mafhum : Jgn kamu jual emas dgn emas kecuali bersamaan nilaian dan timbangannya, jgn kamu melebihkan salah satu darinya di atas yg lain..” ( Al-Bukhari & Muslim)
يبت لا ءاوسب ءاوس لثمب لاثم نزوب انزو لاإ قرولاب قرولا لاو بهذلاب بهذلا اوع )ملسم(
Mafhum : Jgn kamu jual emas dgn pulangan emas, perak dgn pulangan perak kecuali (mestilah ia) dlm timbangan yg sama, nilaian yg sama.
Ia dinamakan RIBA AL-FADL. Riba ini HARAM di sisi syarak. Kerana anda membayar premium bulanan RM300. Jika meninggal anda dapat RM300,000 contohnya. Penyakit kritikal RM80,000 contohnya. Maka ia ada perbezaan nilai. Ini dinamakan Riba juga.
Keduanya pula apabila berlaku penangguhan dalam 2 item ribawi ini. Ini kerana syarikat Insuran akan membawa Wang pampasan selepas berlaku musibah. Ini dinamakan RIBA AN-NA’SIAH. Jelas sekali kontrak Insuran Konvensional tidak dapat lari daripada Riba ini. Maka ianya HARAM.
Perlu disedari bhw insuran biasa yg byk terdpt di Malaysia hari ini adalah bersifat perniagaan (Takmin Tijari) yg mana, syarikat insuran mengganggap usaha mereka adalah sbg satu perniagaan yg bertujuan mencari keuntungan. Oleh itu ia secara jelas kontrak yang dipersetujui oleh pencarum dan syarikat adalah termasuk katergori Aqud Mu’awadah Maliah (Kontrak Pertukaran Harta) dgn cara Perniagaan. Semua kontrak yg terlibat dgn item ribawi mestilah menjaga 3 syarat yg disebutkan dia atas tadi. Jika tidak ia akan jatuh ke hukum Riba yg diharamkan.
Riba juga jelas berlaku apabila wang kutipan premium ( Pool ) itu diniagakan untuk mendapat keuntungan dan memaksimum kan Pool tersebut. Dan kita ketahui syarikat Insuran tidak mempunya panel syariah. Maka wang itu dilaburkan di tempat-tempat yang bercampur2 antara halal dan haram. Saya pernah melihat pemegang saham dalam Carlberg, Magnum, Toto, Anchor dll adalah syarikat-syarikat Insuran. Maknanya kita sebagai umat islam menyumbangkan modal untuk perniagaan haram itu!
INSURAN MENGANDUNGI MAISIR ( JUDI )
Judi jelas diharamkan didalam Islam dan Al-Quran. Tanpa ragu lagi. Insuran mengandungi unsur ini kerana ia memperjudikan nasib samaada berlaku musibah atau tidak. Jika musibah berlaku, Kita akan mendapat pampasan yang lumayan & dikira untung. Inilah Judi yang dimaksudkan. Maka kita mengharapkan dengan caruman yang nilai rendah, akan dapat pampasan nilai yang tinggi selepas musibah berlaku.
Bagaimanapun, Prof Mustafa Zarqa menolak unsur ini terdapat dalam Insuran. Katanya Insuran adalah sistem yang tegak atas dasar mahu membantu dan mengurangkan beban manusia. Namun ia disanggah oleh Syeikh Muhd Abu Zuhrah serta Dr. Muhd Baltaji dan ramai lagi ulamak serta Profesor islam lain dengan alasan Insuran diwujudkan atas dasar perniagaan mencari keuntungan. Dan niat membantu tiada didalamnya.
Ia seperti anda menikam TOTO. Ia jelas haram. Tikam RM10 dapat RM10,000 contohnya jika menang. Sama juga seperti Insuran. Anda membayar RM100 sebulan, jika berlaku sesuatu anda dapat RM100,000 contohnya. Ia jelas Judi. Cuma dari konteks atau sudut berlainan. Nama ianya sama.
Itulah antara penyebab2 yang mengharamkan Insuran. Banyak lagi perbincangan2 dan muktamar2 yang diadakan siseluruh dunia terdiri daripada bijak pandai, mufti2, cendiakawan islam dll memperbincangan akan hal ini. Kita sekarang mempunyai pilihan iaitu Takaful. Dahulunya saya menyangkakan Takaful juga sama dengan Insuran. Cuma mereka mengubah sesetangah perkataan sahaja dan juga meletakkan akad jual beli. Sebenarnya ia jauh berbeza.
Saya hanya menerangkan secara ringkas sahaja disini berkenaan perbezaannya. Insuran adalah penanggung risiko. Contohnya katakana saya tauke Insuran. Anda datang berjumpa saya. Meminta sekiranya sakit,meninggal anda mahu RM300,000. Saya kata okay. Tapi bulan2 anda kena bayar saya RM300 sebulan. Ini menyebabkan ia HARAM. Tetapi macamana pula dengan Takaful. Takaful adalah pengendali risiko. Ia berbeza.operasinya berbeza. Sebab tu kalau insuran kita cakap beli insuran. Tetapi Takaful menyertai Takaful. Agent cakap saya jual Insuran kat orang. Wakil Takaful cakap ajak orang menyertai Takaful. Orang yang jual Insuran di panggil Agen Insuran. Orang yang mengajak Orang menyertai Takaful dipanggil pula Wakil Takaful…berbeza..kenapa berbeza…??
Takaful sebenarnya tidak melibat unsur jual beli. Saya berikan contoh. Katakan saya, anda dan 8 orang lagi kawan2 kita. Katakan Insuran tiada di Malaysia. Kita berbincang..jika saya sakit esok2 perlukan kos perubatan bagaimana? Mana tahu masa tu saya tiada duit?bagaimana pula jika si A kematian suami. Apa akan jadi pada dia? Apa jadi si C meninggal dunia.bagaimana isteri dan anak2 mahu meneruskan hidup. Jadi kita berpakat seperti main kutu. Kita pakat sedekah dan simpan RM100 seorang sebulan.maka 10 orang kita dapat RM1000 sebulan. Tetapi siapa nak uruskan. Jadi kita cari rakan ke-11 yang dipercayai. Contohnya Ali. Kita lantik Ali jaga. Maka tiap2 bulan kita sedekahkan ke dalam tabung yang dijaga oleh Ali. Tetapi takkan Ali nak buat kerja FREE. Jadi kita bagi upah. Kita cakap Ali,tiap2 bulan daripada RM100 kau ambillah RM10 sebagai upah ko jaga. Sekiranya ko pandai melabur atau berniaga. Gunakan tabung itu.gandakan ia. Keuntungan kita bahagi sama rata. Maka disini Ali itulah Takaful.
Sebab itu apabila menyertai Takaful, wakil diingatkan supaya menjelaskan kepada peserta bahawa ini adalah sedekah. Maknanya sapa ambil Takaful dapat pahala. Kata hari ni kita simpan RM100. Esok ada peserta lain walaupun tak kenal meninggal, maka Takaful akan mengambil wang dari Tabung itu diberikan kepada waris Arwah. So kita pun dapat pahala. Maknanya pahala ini berterusan. Tetapi ada juga pertikai kenapa ada syarat. Simpan banyak ni, manfaat sebegini. Sebenarnya ia bukan isu besar. Takaful hanya nak meletakkan keadilan kepada semua peserta. Jika tidak ramailah yang diabetic, yang sakit kritikal mengambil peluang dalam Takaful jadi ia menganiaya peserta lain. Oleh itu lah Takaful dapat mengelak daripada unsur Gharar, Maisir dan Riba tadi.
Maklumat lanjut? Lawati saya di blog penangtakaful.blogspot.com atau facebook "Penang MAA Takaful"
Berminat? Dapatkan Contoh Polisi Takaful untuk Anda disini secara Percuma
Interested? Get your free Takaful Quotation here .
Saturday, October 15, 2011
MAA Takaful Memenangi Kliff Award 3 Tahun Berturut-turut
MAA Takaful sekali lagi memenangi KLIFF Award - The Most Outstanding Takaful Product untuk 3 tahun berturut-turut. Kami adalah yg terbaik, mengapa tunggu lagi? Pastinya kami menyediakan yang terbaik untuk anda.
MAA Takaful Wins KLIFF Award for the 3rd Consecutive Year
Labels:
Takaful,
Takafullink
Wednesday, September 7, 2011
Mengapa anda perlu memilih "MAA TAKAFUL"
Insurans
Insurans adalah pemindahan risiko daripada seorang individu seperti anda, atau sebuah organisasi, seperti syarikat anda, kepada syarikat insurans. Anda atau syarikat anda akan dikenali sebagai pemegang polisi. Syarikat insurans akan menerima bayaran daripada anda dalam bentuk premium dan sekiranya anda mengalami sebarang kerugian atau kerosakan, syarikat insurans akan membayar pampasan kepada anda.
Takaful.
Takaful adalah pelan perlindungan berdasarkan prinsip Syariah. Dengan mencarum sejumlah wang ke dalam dana takaful dalam bentuk caruman penyertaan (tabarru), anda memeterai kontrak (aqad) bagi membolehkan anda menjadi seorang peserta dengan bersetuju untuk saling membantu antara satu sama lain, sekiranya salah seorang peserta mengalami kerugian yang ditetapkan.
Kedua-dua insurans dan takaful mempunyai prinsip asas yang sama. Sebagai contoh, pemegang polisi (anda) mestilah mempunyai kepentingan yang sah terhadap barang atau hayat yang diinsuranskan. Ini bermakna, anda akan menanggung kerugian kewangan sekiranya berlaku sesuatu kerosakan atau kehilangan kepada harta benda atau hayat yang diinsuranskan.
Anda tidak perlu membeli lebih daripada satu polisi atau pelan untuk melindungi harta anda. Sekiranya anda memiliki lebih daripada satu polisi, anda hanya boleh membuat satu tuntutan jika sebarang kerugian atau kerosakan berlaku. Jumlah yang boleh dibayar akan disumbangkan oleh syarikat-syarikat insurans yang terlibat. Oleh itu, anda tidak boleh meraih keuntungan daripada polisi insurans am atau pelan takaful. Sekiranya anda mengalami kerugian, syarikat insurans akan membayar pampasan yang setimpal atau anda akan ditetakkan kepada keadaan yang sama sebelum berlaku kerugian. Walau bagaimanapun, anda boleh membeli lebih daripada satu polisi untuk melindungi hayat anda.
Kontrak insurans atau takaful adalah atas prinsip penuh percaya mutlak . Oleh itu, anda sebagai pemegang polisi atau pelan haruslah mendedahkan semua maklumat penting yang diperlukan. Sekiranya anda gagal mendedahkan maklumat berkenaan, polisi atau pelan anda mungkin tidak sah dan anda tidak akan dilindungi ke atas sebarang kerugian atau kerosakan.
Selain itu, di bawah pelan takaful, anda boleh menikmati perkongsian lebihan daripada dana takaful, berdasarkan nisbah yang telah dipersetujui sekiranya anda tidak membuat sebarang tuntutan sepanjang tahun tersebut.
DIMANAKAH SAYA BOLEH DAPATKAN PRODUK INSURANS ATAU TAKAFUL
Anda boleh membeli polisi insurans atau menyertai pelan takaful:
Maklumat lanjut? Lawati saya di blog penangtakaful.blogspot.com dan facebook "Penang MAA Takaful"
Berminat? Dapatkan Contoh Polisi Takaful untuk Anda disini secara Percuma
Interested? Get your free Takaful Quotation here .
Pls Forward!

- Secara terus daripada syarikat insurans atau pengendali takaful
- Melalui ejen berdaftar atau broker berlesen
- Melalui institusi perbankan yang mempunyai urusan bankasurans dengan syarikat insurans atau pengendali takaful
- Melalui Internet
- Benar-benar memahami polisi insurans atau pelan takaful anda termasuklah ciri-ciri produk, syarat-syarat, had manfaat dan pengecualiannya.
- Memastikan premium insurans dan caruman takaful yang akan dibayar adalah berpatutan.
- Memastikan amaun perlindungan adalah mencukupi dan sesuai dengan keperluan anda.
- Memastikan semua fakta penting didedahkan sepenuhnya.
- Berurusan hanya dengan ejen berdaftar/broker berlesen atau secara terus dengan syarikat insurans atau pengendali takaful.
- Memantau tempoh perlindungan dan masa untuk membayar premium atau caruman.
- MAA Takaful telah memenangi award "The most outstanding Takaful product Award" 2 tahun berturut-turut untuk 2009 dan 2010
- MAA Takaful menawarkan pelbagai pakej mengikut kemampuan anda. Perlindungan Asas serendah RM50 sahaja, Medical card serendah RM32 sahaja, polisi ini boleh diperolehi secara berasingan, dan banyak lagi.
- MAA Takaful "No 1 syarikat yg ishtiharkan Surplus Sharing 50:50 selama 2 tahun berturut-turut" Anda berpeluang mendapatkan pulangan yang tinggi berbanding syarikat lain.
- Syarikat pertama di Malaysia yang menawarkan perlindungan untuk 46 jenis penyakit dan yg termurah.Melindungi 3D : DEATH, DISABILITY OR DREAD DISEASE
Berminat? Dapatkan Contoh Polisi Takaful untuk Anda disini secara Percuma
Interested? Get your free Takaful Quotation here .
Pls Forward!
Saturday, September 3, 2011
MELINDUNGI MASA DEPAN ANDA
TAKAFUL KELUARGA
TAKAFUL BERKAITAN PELABURAN
PELAN TAKAFUL PENDIDIKAN ANAK
Berminat? Dapatkan Contoh Polisi Takaful untuk Anda disini secara Percuma
Interested? Get your free Takaful Quotation here .
Pls Forward!
Labels:
Harta,
Pelaburan,
Pendidikan,
Persaraan,
Takaful
Sunday, August 28, 2011
Adakah Anda Dilindungi ?
Ramai yang mempunyai perlindungan insurans atau takaful untuk kereta atau rumah mereka. Lazimnya, kereta dan rumah diinsuranskan kerana pemilik tidak mahu sebarang perkara yang tidak diingini berlaku ke atas harta benda ini. Tetapi mengapa masih ramai yang tidak melindungi diri dan keluarga seperti melindungi harta benda mereka?
Langkah I : RANCANG
*Apakah polisi yang anda miliki? Sudahkah anda membeli polisi takaful untuk diri anda? Adakah majikan anda menyediakan takaful asas dan perubatan untuk anda? Bagaimana dengan keluarga anda? Isteri atau suami anda? Anak-anak anda? Adakah mereka dilindungi?
*Jika anda menjawab tidak, inilah masanya untuk anda merancang langkah seterusnya dengan teliti. Nilai sejauh mana anda dilindungi sekarang dan apa yang anda perlu lindungi.
Langkah 2 : LAKSANAKAN
Sebelum anda membeli pelan takaful, selidik dan ketahui lebih lanjut tentang produk takaful yang ada di pasaran. Bukan semua polisi atau pelan sesuai untuk anda. Polisi-polisi atau pelan-pelan yang berbeza menawarkan ciri-ciri, manfaat, syarat-syarat dan pengecualian yang berbeza.
Kaji terlebih dahulu polisi atau pelan yang ingin dibeli agar bersesuaian dengan keperluan dan peringkat hidup anda. Lindungi diri anda. Lindungi mereka yang tersayang dan pastikan pelaburan anda untuk perlindungan ini berbaloi.
BOLEHKAH KELUARGA ANDA MENERUSKAN HIDUP TANPA ANDA?
Kehidupan kita di dunia adalah singkat. Mungkin anda telah memastikan keluarga anda terpelihara jika anda pergi dahulu, tapi adakah ia mencukupi? pelan takaful keluarga dapat menjamin daripada segi kewangan dan boleh memberi mereka perlindungan kewangan tambahan untuk meneruskan kehidupan setelah anda tiada. Dan dengan polisi seperti takaful berkaitan pelaburan dan pelan pendidikan anda, keluarga anda pasti akan mendapat perlindungan menyeluruh.
ADAKAH AHLI KELUARGA ANDA MEMERLUKAN RAWATAN PERUBATAN?
Kecederaan boleh berlaku dan penyakit boleh menyerang tanpa sebarang amaran. Rawatan yang tepat dan cepat merupakan antara cara yang terbaik untuk memastikan kecederaan atau penyakit yang dialami tidak memudaratkan. Dengan kos perubatan moden yang semakin meningkat, mendapatkan rawatan yang boleh menyelamatkan nyawa tidak harus bergantung kepada simpanan atau wang tunai anda semata-mata. Pastikan kos rawatan dan perubatan anda tidak menjadi masalah ketika anda memerlukannya dengan takaful perubatan dan kesihatan.
ADAKAH SIMPANAN ANDA CUKUP UNTUK KEHIDUPAN SELEPAS PERSARAAN?
Anda mungkin menghitung hari sehingga anda boleh berehat dengan secukupnya di samping keluarga. Walau bagaimanapun, dengan kadar inflasi kini, kadangkala wang simpanan anda tidak dapat memenuhi keperluan anda.
Dengan anuiti persaraan, anda boleh melabur wang anda untuk kehidupan anda selepas bersara, agar wang yang anda perolehi sekarang boleh digunakan dengan lebih bermakna kelak.

ADAKAH ANDA SERING MELANCONG?
Ketika berada di luar negara, pelbagai perkara yang tidak diingini boleh berlaku seperti kehilangan pasport, kecederaan atau berlaku sesuatu yang lebih buruk. Insurans perjalanan menjamin anda serta barangan milik anda terpelihara. Insurans kemalangan diri atau takaful kemalangan diri,pula menjamin perlindungan ke atas diri anda 24 jam seantero dunia, tidak kira di mana anda berada.
Berminat? Dapatkan Contoh Polisi untuk Anda disini secara Percuma
Interested? Get your free Quotation here .
Pls Forward!
Berminat? Dapatkan Contoh Polisi untuk Anda disini secara Percuma
Interested? Get your free Quotation here .
Pls Forward!
Sunday, August 7, 2011
MELAYU dan TAKAFUL
Apabila sebut pasal insurans, ramai kalangan kita khususnya orang Melayu dan Islam gemar merujuk pada istilah ‘rezeki ada di mana-mana’ dan setiap seorang telah ditentukan rezeki masing-masing.
Tetapi pernahkah kalangan kita merujuk kepada kalam Allah s.w.t. dan sunah Rasul-Nya yang antara lain mahu umatnya berusaha keras dan baru bertawakal.
Istilah Melayu ada menyatakan ‘sediakan payung sebelum hujan’, tetapi berapa ramai yang menyediakan persiapan sedemikian terutama melibatkan wang ringgit sama ada bagi diri sendiri, anak isteri dan ahli keluarga untuk jangka masa panjang.
Tidak kurang juga yang berpuas dengan membuat tabungan sama ada di Tabung Haji, amanah saham atau mana-mana akuan di institusi kewangan lain yang keluar dan masuk simpanannya tiada batasan masa dan jumlah.
Lalu tersebarlah berita anak cemerlang dan pintar gagal meneruskan pengajian ke peringkat tertinggi kerana masalah kewangan ibu bapa. Individu menagih bantuan dan simpati untuk tanggung kos rawatan.
Semuanya gara-gara tidak membuat penyediaan melalui skim-skim tabungan jangka panjang dalam bentuk insurans sama ada bagi kesihatan, pendidikan, hayat, keluarga dan seumpamanya.
Sekali lagi kita perlu kembali pada pepatah lama ‘malang tidak berbau’. Ini bermakna sesiapa jua sama ada kaya, miskin, tua, muda, senang atau susah, semua boleh ditimpa musibah.
Malang dan kesulitan itu hanya akan dirasai apabila saat musibah melanda diri, isteri dan anak-anak atau ahli keluarga secara tiba-tiba.
Menurutnya, pada zahir skim takaful dianggap kurang efisyen kerana kejahilan mereka tentang Islam.
“Tetapi jika faham dan mahu mengamalkan cara hidup yang dituntut oleh Islam dan syarak, inilah pilihan perkongsian menghadapi kesusahan yang insya-Allah akan diberkati dan mendapat keuntungan dunia dan akhirat,” tambahnya.
“Mungkin mereka tidak dapat melihat kesan atau keuntungannya secara terus untuk jangka masa pendek.
Menurutnya, menabung melalui skim insurans ini mempunyai manfaat besar kepada diri dan ahli waris kerana simpanannya hanya boleh dinikmati setelah peserta menerima musibah.
Ini katanya berbeza dengan simpanan di institusi kewangan atau amanah saham yang boleh dijual beli pada bila-bila masa.

Bagi golongan kaya, soal sebegini tidak timbul kerana segalanya ‘dilindungkan’ melalui pelbagai skim mewah dan lumayan serta terjamin.
Masalahnya golongan pertengahan yang berpendapatan sederhana dan rendah. Mereka ini sering terleka dengan kesenangan tidak terjamin dan sementara yang dikutip pada setiap bulan.
Sedangkan tabungan melalui skim perlindungan yang diinsurankan, banyak pilihan mengikut kadar kemampuan dari serendah tidak sampai RM5 sebulan hingga puluhan, ratusan malah ribuan ringgit untuk jangka masa panjang.
Lima dan 10 tahun lalu, terlalu sukar untuk kita menarik dan melihat orang Melayu menyertai simpanan melalui skim insurans, sama ada untuk hayat, kesihatan, pendidikan dan sebagainya.
“Kini alhamdulillah, cara berfikir dan kesedaran mereka sudah berubah dan semakin ramai yang membeli serta memiliki skim perlindungan insurans,” kata wakil agensi insurans.
Menurutnya, pada asanya memang semua skim insurans kelihatan sama, tetapi hakikatnya tidak pada dasar dan konsep operasinya.
“Dasar operasi dalam skim takaful adalah berkonsepkan perkongsian secara hibah dan infak secara syariah yang berlandaskan untung dan rugi dikongsi untuk tanggungan bersama. Ia bukan sahaja dijamin halal tetapi terhindar dari unsur riba dan subahat.
“Sebab itu cara dan kadar agihan keuntungannya tidak seperti skim-skim insurans konvensional yang tidak diikat oleh cara dan hukum-hukum Islam,” jelasnya.Menurutnya, pada zahir skim takaful dianggap kurang efisyen kerana kejahilan mereka tentang Islam.
“Tetapi jika faham dan mahu mengamalkan cara hidup yang dituntut oleh Islam dan syarak, inilah pilihan perkongsian menghadapi kesusahan yang insya-Allah akan diberkati dan mendapat keuntungan dunia dan akhirat,” tambahnya.
“Mungkin mereka tidak dapat melihat kesan atau keuntungannya secara terus untuk jangka masa pendek.
Menurutnya, menabung melalui skim insurans ini mempunyai manfaat besar kepada diri dan ahli waris kerana simpanannya hanya boleh dinikmati setelah peserta menerima musibah.
Ini katanya berbeza dengan simpanan di institusi kewangan atau amanah saham yang boleh dijual beli pada bila-bila masa.
Sunday, July 24, 2011
Takaful: Perbezaan takaful & insurans konvensional
Takaful yang bermaksud saling menjamin, berasal dari perkataan Arab - kafala. Konsep takaful bertujuan mengalakkan tolong menolong dan perpaduan di kalangan para peserta selari dengan konsep ta'awun. Dalam Islam, menolong atau menyediakan bantuan amatlah digalakkan.
Dalam perniagaan takaful, pemahaman dari maksud ini merupakan satu agenda penting. Ia diterapkan kepada semua peserta yang mengambil perlindungan takaful untuk berniat ikhlas bagi saling jamin-menjamin di kalangan mereka ketika ditimpa musibah. Secara amnya, objektif dalam industri takaful sebenarnya mempunyai persamaan dengan industri insurans konvensional. Kedua-duanya merupakan instrumen untuk membantu golongan yang tidak bernasib baik kerana ditimpa musibah. Secara jelasnya, kedua-dua instrumen ini merupakan satu cara yang moden untuk memindahkan risiko yang berlaku dan sudah menjadi kebiasaan, sesuatu ganjaran akan diberi kepada pihak yang sanggup menerima pemindahan risiko ini.
Objektif insurans dapatlah diungkapkan sebagai golongan ramai yang bernasib baik membantu golongan yang tidak bernasib baik. Sememangnya objektif tersebut adalah diiktiraf oleh Islam. Al-Quran dalam surah al-Maaidah, ayat 2, secara terangnya turut menyatakan galakan oleh Allah kepada manusia untuk mengamalkan sikap tolong-menolong, bermaksud:
Tanggal 15 Jun 1972 merupakan tarikh penting bermulanya pengumuman terhadap penerokaan dan kajian yang dibuat ke atas kontrak insurans konvensional. Pada tarikh tersebut, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dalam persidangan yang kelimanya telah memutuskan iaitu insurans nyawa sebagaimana yang dijalankan oleh syarikat-syarikat insurans yang ada pada masa ini adalah suatu muamalah yang fasid (rosak/tidak sah) yang tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam dari segi aqadnya kerana mengandungi unsur-unsur gharar (tidak ketentuan), maisir (judi) dan riba.

- "Dan hendaklah kamu tolong menolong di atas perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong menolong di atas perkara dosa dan permusuhan".
Tanggal 15 Jun 1972 merupakan tarikh penting bermulanya pengumuman terhadap penerokaan dan kajian yang dibuat ke atas kontrak insurans konvensional. Pada tarikh tersebut, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dalam persidangan yang kelimanya telah memutuskan iaitu insurans nyawa sebagaimana yang dijalankan oleh syarikat-syarikat insurans yang ada pada masa ini adalah suatu muamalah yang fasid (rosak/tidak sah) yang tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam dari segi aqadnya kerana mengandungi unsur-unsur gharar (tidak ketentuan), maisir (judi) dan riba.
Subscribe to:
Posts (Atom)