Langkah I : RANCANG
*Apakah polisi yang anda miliki? Sudahkah anda membeli polisi takaful untuk diri anda? Adakah majikan anda menyediakan takaful asas dan perubatan untuk anda? Bagaimana dengan keluarga anda? Isteri atau suami anda? Anak-anak anda? Adakah mereka dilindungi?
*Jika anda menjawab tidak, inilah masanya untuk anda merancang langkah seterusnya dengan teliti. Nilai sejauh mana anda dilindungi sekarang dan apa yang anda perlu lindungi.
Langkah 2 : LAKSANAKAN
Sebelum anda membeli pelan takaful, selidik dan ketahui lebih lanjut tentang produk takaful yang ada di pasaran. Bukan semua polisi atau pelan sesuai untuk anda. Polisi-polisi atau pelan-pelan yang berbeza menawarkan ciri-ciri, manfaat, syarat-syarat dan pengecualian yang berbeza.
Kaji terlebih dahulu polisi atau pelan yang ingin dibeli agar bersesuaian dengan keperluan dan peringkat hidup anda. Lindungi diri anda. Lindungi mereka yang tersayang dan pastikan pelaburan anda untuk perlindungan ini berbaloi.
BOLEHKAH KELUARGA ANDA MENERUSKAN HIDUP TANPA ANDA?
Kehidupan kita di dunia adalah singkat. Mungkin anda telah memastikan keluarga anda terpelihara jika anda pergi dahulu, tapi adakah ia mencukupi? pelan takaful keluarga dapat menjamin daripada segi kewangan dan boleh memberi mereka perlindungan kewangan tambahan untuk meneruskan kehidupan setelah anda tiada. Dan dengan polisi seperti takaful berkaitan pelaburan dan pelan pendidikan anda, keluarga anda pasti akan mendapat perlindungan menyeluruh.
ADAKAH AHLI KELUARGA ANDA MEMERLUKAN RAWATAN PERUBATAN?
Kecederaan boleh berlaku dan penyakit boleh menyerang tanpa sebarang amaran. Rawatan yang tepat dan cepat merupakan antara cara yang terbaik untuk memastikan kecederaan atau penyakit yang dialami tidak memudaratkan. Dengan kos perubatan moden yang semakin meningkat, mendapatkan rawatan yang boleh menyelamatkan nyawa tidak harus bergantung kepada simpanan atau wang tunai anda semata-mata. Pastikan kos rawatan dan perubatan anda tidak menjadi masalah ketika anda memerlukannya dengan takaful perubatan dan kesihatan.
ADAKAH SIMPANAN ANDA CUKUP UNTUK KEHIDUPAN SELEPAS PERSARAAN?

Dengan anuiti persaraan, anda boleh melabur wang anda untuk kehidupan anda selepas bersara, agar wang yang anda perolehi sekarang boleh digunakan dengan lebih bermakna kelak.
ADAKAH ANDA SERING MELANCONG?
Ketika berada di luar negara, pelbagai perkara yang tidak diingini boleh berlaku seperti kehilangan pasport, kecederaan atau berlaku sesuatu yang lebih buruk. Insurans perjalanan menjamin anda serta barangan milik anda terpelihara. Insurans kemalangan diri atau takaful kemalangan diri,pula menjamin perlindungan ke atas diri anda 24 jam seantero dunia, tidak kira di mana anda berada.
Berminat? Dapatkan Contoh Polisi untuk Anda disini secara Percuma
Interested? Get your free Quotation here .
Pls Forward!
Berminat? Dapatkan Contoh Polisi untuk Anda disini secara Percuma
Interested? Get your free Quotation here .
Pls Forward!