Kadar penembusan industri takaful di Malaysia masih rendah iaitu pada kadar 8% membuktikan masih ramai rakyat di negara ini tidak mempunyai perlindungan takaful.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata pemain industri takaful perlu mengambil langkah strategik meningkatkan kadar pemilikan insurans atau sistem takaful melalui pengeluaran produk berinovatif dan sesuai untuk pengguna.
“Kita mahu menjadikan Malaysia sebagai hab industri perbankan dan kewangan Islam bagi mencapai sasaran menjadi negara maju berpendapatan tinggi. Jadi, perlu ada usaha ke arah itu dan industri takaful juga mempunyai peranan penting
“Kita mengharapkan takaful juga dapat menarik lebih ramai penyertaan rakyat dengan produk yang baik sejajar usaha menjadikan ia industri tempatan dan global berimpak besar.
Jamil Khir berkata, rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan kaum perlu menerima takaful dengan positif kerana sistem ini menjadi perantara kewangan yang fleksibel berteraskan konsep tolong-menolong apabila mereka ditimpa musibah.
“Dengan sokongan kepada takaful, kita bukan saja dapat membantu diri sendiri dan keluarga, sebaliknya menolong orang lain sekali gus mengembangkan industri ini di Malaysia, ” katanya.
Sumber : www.bharian.com.my/bharian/articles/IndustritakafuldiMalaysiamasihrendah/Article/
Maklumat lanjut? Lawati saya di blog penangtakaful.blogspot.com atau facebook "Penang MAA Takaful"
Berminat? Dapatkan Contoh Polisi Takaful untuk Anda disini secara Percuma
Interested? Get your free Takaful Quotation here