CIRI-CIRI TAKAFUL BERKAITAN PELABURAN
Takaful berkaitan pelaburan mempunyai ciri-ciri unik seperti berikut:
- Anda diberi kelonggaran memilih paras perlindungan dan pelaburan.
- Anda boleh mengubah jumlah caruman mengikut perubahan kedudukan kewangan anda.
- Anda boleh menukar dana pelaburan yang sedia ada kepada dana pelaburan yang lain.
- Anda boleh menebus sebahagian daripada unit berkaitan pelaburan anda pada bila-bila masa.
- Anda boleh memilih untuk melabur dalam pelbagai jenis dana pelaburan (ekuiti, bon atau instrumen kewangan lain).
MEMILIH PELAN TAKAFUL
Jika anda berminat untuk mendapatkan takaful berkaitan pelaburan, pastikan anda:
- Menentukan peruntukan sumbangan anda untuk perlindungan dan pelaburan.
- Mempertimbangkan jumlah yang anda ingin laburkan, sama ada melalui pelan caruman sekali atau pelan caruman berkala.
- Mempertimbangkan jenis pelaburan lain dan tahap risiko yang selesa untuk anda.
- Menilai pilihan anda dengan bijak dalam mencari pelan yang bersesuaian dengan keperluan anda.
- Mengetahui jenis-jenis dan jumlah caj dan fi yang dikenakan, seperi fi pengurusan dan lain-lain yang mungkin dikenakan untuk perkhidmatan yang diberikan.
- Mengetahui fleksibiliti pertukaran dana anda.
JENIS-JENIS PERLINDUNGAN
Pelan Caruman Berkala :
- Dalam pelan ini, bayaran premium di bayar sekali secara sekali gus.
- Jumlah perlindungan biasanya adalah peratusan daripada caruman tunggal. Bayaran manfaat pula adalah jumlah perlindungan dan nilai unit berkaitan pelaburan.
- Pelan ini lebih sesuai untuk mereka yang mempunyai sejumlah wang yang sedia untuk dilaburkan.
- Dalam pelan ini, bayaran premium dibuat secara berkala, sama ada secara bulanan, suku tahunan, separuh tahunan atau tahunan.
- Jumlah perlindungan biasanya ialah gandaan caruman tahunan.
- Bayaran manfaat pula adalah jumlah perlindungan dan nilai unit berkaitan pelaburan.
MEMAHAMI RISIKO
Sebelum anda melaburkan wang dalam takaful berkaitan pelaburan, fikirkan tentang risiko yang sanggup anda ambil dan pastikan anda benar-benar memahami risiko yang terlibat dan bersedia membiarkan wang anda terikat untuk tempoh tertentu.
Maklumat lanjut? Lawati saya di blog penangtakaful.blogspot.com atau facebook "Penang MAA Takaful"
Berminat? Dapatkan Contoh Polisi Takaful untuk Anda disini secara Percuma
Interested? Get your free Takaful Quotation here .
Pls Forward!