....

Sunday, December 11, 2011

MAA Takaful sasar RM1b

MAA Takaful Bhd menyasar pemerolehan pendapatan RM1 bilion dalam tempoh lima tahun akan datang dibantu usaha giatnya melahirkan ejen insurans yang mempunyai kelulusan profesional dan komited.

Ketua Eksekutifnya, Salim Majid Zain, berkata bagi mencapai sasaran itu, MAA Takaful yang kini mempunyai kira-kira 11,000 ejen dengan hampir separuh daripadanya ejen aktif, menyasarkan kira-kira 1,000 daripada ejen berkenaan akan mempunyai kelulusan Pengurus Penasihat Kewangan Bertauliah (CMFA) menjelang tempoh berkenaan.

Beliau berkata, memiliki ejen dengan kelulusan CMFA membolehkan syarikat menawarkan perkhidmatan lebih baik dan berkesan kepada pelanggan, sekali gus mampu menjana pendapatan yang lebih baik untuk syarikat.
Ini terbukti kerana kira-kira 70 peratus pendapatan syarikat kini disumbangkan oleh ejen kami yang memiliki CMFA, katanya kepada media di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau berkata demikian selepas majlis memeterai perjanjian persefahaman (MoU) antara MAA Takaful dengan LIMRA International (LIMRA) dan Center for Research and Training bagi tujuan latihan kepemimpinan, pensijilan profesional serta pengiktirafan antarabangsa untuk ejen insuran syarikat itu.

Pada majlis sama, MAA Takaful turut mengadakan majlis graduasi CMFA untuk 30 ejen insurans kumpulan itu.

MAA Takaful yang memulakan operasinya pada Julai 2007 adalah syarikat takaful pertama di dunia yang melahirkan sekumpulan ejen insurans yang memiliki CMFA.
Ia kini menguasai kira-kira 20 peratus pasaran industri takaful di Malaysia dengan tahun lalu mencatatkan pendapatan RM150 juta.

Salim berkata, sebahagian besar pendapatan syarikat itu kini disumbangkan oleh perniagaan insurans hayat dengan sumbangan sebanyak 60 peratus, manakala 40 peratus disumbangkan oleh perniagaan insurans am.

Beliau berkata, sejak ditubuhkan, MAA Takaful mencatatkan prestasi membanggakan apabila sudah mula meraih keuntungan sejak operasi penuh tahun pertamanya lagi pada 2008.

Sumber : www.bharian.com.my/bharian/articles/MAATakafulsasarRM1b/Article/

Maklumat lanjut? Lawati saya di blog penangtakaful.blogspot.com atau facebook "Penang MAA Takaful"
Berminat? Dapatkan Contoh Polisi Takaful untuk Anda
disini secara Percuma
Interested? Get your free Takaful Quotation
here 

Wajib beli insurans haji, umrah

Umat Islam yang ingin menunaikan haji dan umrah secara persendirian diwajibkan membeli pakej lengkap perlindungan insurans dari ejen pelancongan sah dan berlesen.

Presiden Persatuan Ejen Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), Datuk Mohd Khalid Harun, berkata syarat itu selaras ketetapan Kementerian Pelancongan mengikut Seksyen 6(1A) Akta Industri Pelancongan 1992 yang mewajibkan jemaah haji dan umrah mendapat perlindungan takaful.
“Baru-baru ini, Kementerian Pelancongan memberi notis kepada semua agensi pelancongan berlesen mengenai penguatkuasaan syarat untuk mengenakan cagaran RM100,000 kepada kementerian.

“Sehubungan itu, MATTA berunding dengan kementerian supaya dengan adanya instrumen perlindungan insuran, kelonggaran akan diberi kepada ejen pelancongan,” katanya

Skim perlindungan insurans yang diperkenalkan MATTA itu menawarkan tiga pelan kepada bakal haji dan umrah iaitu Pelan Asas, Pelan Premium dan Pelan Premium Tambahan dengan harga premium minimum serendah RM40 hingga RM140.

Mohd Khalid berkata, melalui Skim Takaful Kemalangan Diri MATTA Haji & Umrah, bakal jemaah akan mendapat perlindungan dalam kes perjalanan terkandas, kematian, kemalangan, sakit dan sebagainya.
Sementara itu, beliau berkata, pergolakan politik Asia Barat tidak mengubah sentimen masyarakat untuk terus ke luar negara malah lebih 100,000 orang bakal menunaikan umrah tahun ini berbanding 90,000 orang tahun lalu.

“Sentimen ini banyak dipengaruhi kemudahan infrastruktur dan pemodenan di Makkah dan Madinah yang memberi kemudahan kepada pengunjung menunaikan ibadat ziarah berbanding dulu,” katanya.

Sumber : www.bharian.com.my/bharian/articles/Wajibbeliinsuranshaji_umrah/Article/

Maklumat lanjut? Lawati saya di blog penangtakaful.blogspot.com atau facebook "Penang MAA Takaful"
Berminat? Dapatkan Contoh Polisi Takaful untuk Anda
disini secara Percuma
Interested? Get your free Takaful Quotation
here 

Industri Takaful di Malaysia masih rendah

Kadar penembusan industri takaful di Malaysia masih rendah iaitu pada kadar 8% membuktikan masih ramai rakyat di negara ini tidak mempunyai perlindungan takaful.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata pemain industri takaful perlu mengambil langkah strategik meningkatkan kadar pemilikan insurans atau sistem takaful melalui pengeluaran produk berinovatif dan sesuai untuk pengguna.

“Kita mahu menjadikan Malaysia sebagai hab industri perbankan dan kewangan Islam bagi mencapai sasaran menjadi negara maju berpendapatan tinggi. Jadi, perlu ada usaha ke arah itu dan industri takaful juga mempunyai peranan penting

“Kita mengharapkan takaful juga dapat menarik lebih ramai penyertaan rakyat dengan produk yang baik sejajar usaha menjadikan ia industri tempatan dan global berimpak besar.
Jamil Khir berkata, rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan kaum perlu menerima takaful dengan positif kerana sistem ini menjadi perantara kewangan yang fleksibel berteraskan konsep tolong-menolong apabila mereka ditimpa musibah.

“Dengan sokongan kepada takaful, kita bukan saja dapat membantu diri sendiri dan keluarga, sebaliknya menolong orang lain sekali gus mengembangkan industri ini di Malaysia, ” katanya.

Sumber : www.bharian.com.my/bharian/articles/IndustritakafuldiMalaysiamasihrendah/Article/

Maklumat lanjut? Lawati saya di blog penangtakaful.blogspot.com atau facebook "Penang MAA Takaful"
Berminat? Dapatkan Contoh Polisi Takaful untuk Anda
disini secara Percuma
Interested? Get your free Takaful Quotation
here

Monday, December 5, 2011

MAA Fund Price as of November 2011

Maklumat lanjut? Lawati saya di blog penangtakaful.blogspot.com atau facebook "Penang MAA Takaful"
Berminat? Dapatkan Contoh Polisi Takaful untuk Anda
disini secara Percuma
Interested? Get your free Takaful Quotation
here .

Tuesday, November 29, 2011

Cawangan MAA Takaful akan dibuka di Bayan Baru Pulau Pinang

Peluang Perniagaan kepada sesiapa yang berminat. MAA Takaful akan mengadakan pengambilan Generasi baru untuk 2012. BOP pertama yang julung kalinya diadakan di Pulau Pinang seperti berikut :

Masuk PERCUMA (tempat duduk terhad)
Setiap pendaftaran awal akan mendapat saguhati dari MAA Takaful.

Tarikh : Sabtu 10 December 2011
Tempat : VISTANA HOTEL
Masa : 8 MALAM
Pakaian : FORMAL


Untuk keterangan lanjut, hubungi saya segera - Najib - 013-5187471 atau email Najibpng@ymail.com . Sesungguhnya rezeki itu ketentuan Tuhan. Marilah sama-sama berusaha mencarinya.

Saturday, October 29, 2011

Insurans Konvensional itu HARAM !! tetapi tidak Takaful



Sebenarnya apa yang menyebabkan Insuran itu HARAM. Ada banyak faktor sebenarnya setelah mengkaji dan meneliti. Sebagai pembukaan saya paparkan di sini fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan selainnya :

• Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan kali ke-16 pada 15-16 Februari 1979 memutuskan Insuran Nyawa ( Konvesional ) sebagaimana dikendalikan kebanyakan syarikat insuran adalah HARAM dan sebagai suatu muamalat yang fasad kerana akadnya tidak sesuai dengan prinsip islam iaitu : Mengandungi unsur Gharar ( ketaktentuan ), Mengandungi Unsur Judi,Mengandungi Muamalat Riba dan Maisir.

• Kesatuan Fiqh Islam ( Majma’Fiqh ) yg dianggotai oleh ulama dari seluruh dunia islam yang diasaskan oleh Persidangan Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) dalam mesyuaratnya di Jeddah pada 22-28 Disember 1995 memutuskan selepas mengkaji semua jenis dan bentuk insuran,bahawa ianya mengandungi unsur Fasid dan HARAM

Apa yang menjadikannya haram?? Insuran adalah sesuatu peniagaan yang diniagakan oleh Syarikat Insuran. Oleh itu ia melibatkan proses jual beli. Factor ini yang membezakan dengan Takaful dan menjadikan ia HARAM. Takaful dapat lari dari unsur2 HARAM ini kerana Takaful bukan proses jual beli.

INSURAN MENGANDUNGI UNSUR GHARAR

Jelas di dalam sabda Rasulullah SAW dalam hadith sahih Baginda melarang jual beli yang mengandungi unsur Gharar ( riwayat Muslim ).
Gharar bermaksud Ketidakpastian atau ketaktentuan. Dalam transaksi muamalah ia membawa maksud "Terdapat sesuatu yang ingin disembunyikan oleh sebelah pihak dan ianya boleh menimbulkan rasa ketidakadilan serta penganiayaan kepada pihak yang lain".

Menurut ibnu Rush pula "Kurangnya maklumat tentang keadaan barang (objek), wujud keraguan pada kewujudkan barang, kuantiti dan maklumat yang lengkap berhubung dengan harga. Ia turut berkait dengan masa untuk diserahkan barang terutamanya ketika wang sudah dibayar tetapi masa untuk diserahkan barang tidak diketahui".
Ibn Taimiyah pula mengatakan "Apabila satu pihak mengambil haknya dan satu pihak lagi tidak menerima apa yang sepatutnya dia dapat".

Al-Gharar ditakrifkan dalam Kitab Qalyubi wa Umairah menyatakan Mazhab Imam Al-Shafie mendefinasikan gharar sebagai: "Satu (aqad) yang akibatnya tersembunyi daripada kita atau perkara di antara dua kemungkinan di mana yang paling kerap berlaku ialah yang paling ditakuti".

Prof Madya Dr. Saiful Azhar Rosly menyatakan:
"Gharar yang dimaksudkan dalam perbahasan sah atau tidak sesuatu kontrak itu merujuk kepada risiko dan ketidakpastian yang berpunca daripada perbuatan manipulasi manusia mengakibatkan kemudaratan ke atas pihak yang dizalimi. Umpamanya dalam jual beli kereta terpakai, pembeli tidak diberitahu tentang keadaan sebenar kenderan tersebut. Setelah selesai perjanjian jual beli, gharar dalam objek jual beli itu boleh dijadikan alasan membatalkan kontrak. Ini kerana gharar itu terhasil daripada perbuatan zalim yang disengajakan".

Kenapa ia mengandungi Gharar??. Antaranya :

• Sekiranya tidak berlaku sesuatu musibah, maka wang premium yang dibayar hangus. Memang ada sesetengah syarikat insuran yang mempunyai pelan sebegitu. Walaupun saya dahulu tidak pernah menjualnya. Namun ia tetap syubahat. Ia bertepatan dengan Gharar di mana satu pihak mendapat keuntungan dan satu pihak lagi tertindas.
Dalam insuran terdapat unsur barang yang tidak jelas. Terdapat syarat sah jual beli dalam islam. Jika salah satu dilanggar, maka jual beli itu tidak sah. Ini kerana barang yang dijual ( Ma’kud Alaih ) tidak jelas. Apa yang menjadikan ia haram kerana ketidak jelasan barang itu. Dan syarat barang yang ditetapkan syarak tidak dapat dipenuhi seperti :
[a] Barang tersebut dapat diserahkan dalam majlis akad.
[b] Masa penyerahannya telah ditetapkan.
[c] Barang tersebut telah ditentukan jenis dan kuantitinya.
[d] Tempat untuk diserahkan barang telah ditentukan.
[e] Bukan barang yang mengandungi unsur-unsur najis dan dilarang Syarak.

Sekarang yang menjadikan ia HARAM adalah [b]..Insuran adalah menjual jaminan kewangan. Jaminan kewangan berkaitan risiko. Oleh itu barangnya adalah risiko. Sekiranya berlaku risiko, dapatlah pampasan. Jika tidak, tiadalah. Setengah akan dapat simpanan dan ada juga hangus. Permasalahannya sekarang risiko kita tidak tahu bila akan berlaku. Esok ke? Lusa ke? Minggu depan ke? . Maka jual beli itu sah kerana walaupun jual beli itu bertempoh. Tempohnya diberitahu yang mana bila kita akan mendapat barang itu. Itu mengandungi unsur Gharar. Dan ia juga melanggar syarat jual beli.oleh itu jual beli itu tidak sah. Maka ia haram.
Juga menimbulkan Gharar bila pemegang polisi juga kadang2 ragu2..dapat ke claim nanti?kalau meninggal anak bini aku akan dapat ke RM300K yang dijanjikan?

INSURAN MENGANDUNGI RIBA

Riba ini juga banyak yang menjadikan Insuran HARAM. Namun ramai antara kita hanya memahami Riba terjadi apabila ada interest. Seperti Insuran Konvensional, kita boleh membuat pinjaman melalui polisi yang ada. Ada juga agent atau syarikat menggalakkan membuat pinjaman ini. Bila hendak bayar, kena interest. Maknanya ia Riba. Jika dikira interest. Pinjaman rumah, pinjaman beli kerete, kad kredit juga mempunyai interest. Susahlah nak hidup. Tetapi sebenarnya kita sebagai islam mempunyai pilihan. Kita ada pinjaman secara islam. Jadi wajib kita elakkan riba itu. Namun ada juga mengatakan sama sahaja dgn pinjaman islamik. Cuma tukar nama sahaja.interest kepada upah. Sebenarnya ianya lain. Makna nama dan cara diuruskan membawa maksud lain.

Selepas di kaji .rupanya bukan riba itu sahaja yang terdapat dalam Insuran. Ia berlaku kerana jika ditimpa musibah. Syarikat Insuran akan membayar pampasan. Maknanya jual beli ini melibatkan Wang dengan Wang. Dan dengan jumlah yang berbeza. Nabi SAW mensyariatkan apabila kamu bermuamalah dengan dua item ribawi yang sama jenis ( contoh Insuran adalah Wang dengan Wang ), mestilah dengan syarat :
• Sama timbangan
• Sama Nilai
• Diserahkan ketika Mua’malah dilakukan

Syarat in bersumberkan dari hadith :
Mafhum : Jgn kamu jual emas dgn emas kecuali bersamaan nilaian dan timbangannya, jgn kamu melebihkan salah satu darinya di atas yg lain..” ( Al-Bukhari & Muslim)

يبت لا ءاوسب ءاوس لثمب لاثم نزوب انزو لاإ قرولاب قرولا لاو بهذلاب بهذلا اوع )ملسم(

Mafhum : Jgn kamu jual emas dgn pulangan emas, perak dgn pulangan perak kecuali (mestilah ia) dlm timbangan yg sama, nilaian yg sama.

Ia dinamakan RIBA AL-FADL. Riba ini HARAM di sisi syarak. Kerana anda membayar premium bulanan RM300. Jika meninggal anda dapat RM300,000 contohnya. Penyakit kritikal RM80,000 contohnya. Maka ia ada perbezaan nilai. Ini dinamakan Riba juga.
Keduanya pula apabila berlaku penangguhan dalam 2 item ribawi ini. Ini kerana syarikat Insuran akan membawa Wang pampasan selepas berlaku musibah. Ini dinamakan RIBA AN-NA’SIAH. Jelas sekali kontrak Insuran Konvensional tidak dapat lari daripada Riba ini. Maka ianya HARAM.

Perlu disedari bhw insuran biasa yg byk terdpt di Malaysia hari ini adalah bersifat perniagaan (Takmin Tijari) yg mana, syarikat insuran mengganggap usaha mereka adalah sbg satu perniagaan yg bertujuan mencari keuntungan. Oleh itu ia secara jelas kontrak yang dipersetujui oleh pencarum dan syarikat adalah termasuk katergori Aqud Mu’awadah Maliah (Kontrak Pertukaran Harta) dgn cara Perniagaan. Semua kontrak yg terlibat dgn item ribawi mestilah menjaga 3 syarat yg disebutkan dia atas tadi. Jika tidak ia akan jatuh ke hukum Riba yg diharamkan.

Riba juga jelas berlaku apabila wang kutipan premium ( Pool ) itu diniagakan untuk mendapat keuntungan dan memaksimum kan Pool tersebut. Dan kita ketahui syarikat Insuran tidak mempunya panel syariah. Maka wang itu dilaburkan di tempat-tempat yang bercampur2 antara halal dan haram. Saya pernah melihat pemegang saham dalam Carlberg, Magnum, Toto, Anchor dll adalah syarikat-syarikat Insuran. Maknanya kita sebagai umat islam menyumbangkan modal untuk perniagaan haram itu!

INSURAN MENGANDUNGI MAISIR ( JUDI )

Judi jelas diharamkan didalam Islam dan Al-Quran. Tanpa ragu lagi. Insuran mengandungi unsur ini kerana ia memperjudikan nasib samaada berlaku musibah atau tidak. Jika musibah berlaku, Kita akan mendapat pampasan yang lumayan & dikira untung. Inilah Judi yang dimaksudkan. Maka kita mengharapkan dengan caruman yang nilai rendah, akan dapat pampasan nilai yang tinggi selepas musibah berlaku.


Bagaimanapun, Prof Mustafa Zarqa menolak unsur ini terdapat dalam Insuran. Katanya Insuran adalah sistem yang tegak atas dasar mahu membantu dan mengurangkan beban manusia. Namun ia disanggah oleh Syeikh Muhd Abu Zuhrah serta Dr. Muhd Baltaji dan ramai lagi ulamak serta Profesor islam lain dengan alasan Insuran diwujudkan atas dasar perniagaan mencari keuntungan. Dan niat membantu tiada didalamnya.
Ia seperti anda menikam TOTO. Ia jelas haram. Tikam RM10 dapat RM10,000 contohnya jika menang. Sama juga seperti Insuran. Anda membayar RM100 sebulan, jika berlaku sesuatu anda dapat RM100,000 contohnya. Ia jelas Judi. Cuma dari konteks atau sudut berlainan. Nama ianya sama.


Itulah antara penyebab2 yang mengharamkan Insuran. Banyak lagi perbincangan2 dan muktamar2 yang diadakan siseluruh dunia terdiri daripada bijak pandai, mufti2, cendiakawan islam dll memperbincangan akan hal ini. Kita sekarang mempunyai pilihan iaitu Takaful. Dahulunya saya menyangkakan Takaful juga sama dengan Insuran. Cuma mereka mengubah sesetangah perkataan sahaja dan juga meletakkan akad jual beli. Sebenarnya ia jauh berbeza.


Saya hanya menerangkan secara ringkas sahaja disini berkenaan perbezaannya. Insuran adalah penanggung risiko. Contohnya katakana saya tauke Insuran. Anda datang berjumpa saya. Meminta sekiranya sakit,meninggal anda mahu RM300,000. Saya kata okay. Tapi bulan2 anda kena bayar saya RM300 sebulan. Ini menyebabkan ia HARAM. Tetapi macamana pula dengan Takaful. Takaful adalah pengendali risiko. Ia berbeza.operasinya berbeza. Sebab tu kalau insuran kita cakap beli insuran. Tetapi Takaful menyertai Takaful. Agent cakap saya jual Insuran kat orang. Wakil Takaful cakap ajak orang menyertai Takaful. Orang yang jual Insuran di panggil Agen Insuran. Orang yang mengajak Orang menyertai Takaful dipanggil pula Wakil Takaful…berbeza..kenapa berbeza…??


Takaful sebenarnya tidak melibat unsur jual beli. Saya berikan contoh. Katakan saya, anda dan 8 orang lagi kawan2 kita. Katakan Insuran tiada di Malaysia. Kita berbincang..jika saya sakit esok2 perlukan kos perubatan bagaimana? Mana tahu masa tu saya tiada duit?bagaimana pula jika si A kematian suami. Apa akan jadi pada dia? Apa jadi si C meninggal dunia.bagaimana isteri dan anak2 mahu meneruskan hidup. Jadi kita berpakat seperti main kutu. Kita pakat sedekah dan simpan RM100 seorang sebulan.maka 10 orang kita dapat RM1000 sebulan. Tetapi siapa nak uruskan. Jadi kita cari rakan ke-11 yang dipercayai. Contohnya Ali. Kita lantik Ali jaga. Maka tiap2 bulan kita sedekahkan ke dalam tabung yang dijaga oleh Ali. Tetapi takkan Ali nak buat kerja FREE. Jadi kita bagi upah. Kita cakap Ali,tiap2 bulan daripada RM100 kau ambillah RM10 sebagai upah ko jaga. Sekiranya ko pandai melabur atau berniaga. Gunakan tabung itu.gandakan ia. Keuntungan kita bahagi sama rata. Maka disini Ali itulah Takaful.


Sebab itu apabila menyertai Takaful, wakil diingatkan supaya menjelaskan kepada peserta bahawa ini adalah sedekah. Maknanya sapa ambil Takaful dapat pahala. Kata hari ni kita simpan RM100. Esok ada peserta lain walaupun tak kenal meninggal, maka Takaful akan mengambil wang dari Tabung itu diberikan kepada waris Arwah. So kita pun dapat pahala. Maknanya pahala ini berterusan. Tetapi ada juga pertikai kenapa ada syarat. Simpan banyak ni, manfaat sebegini. Sebenarnya ia bukan isu besar. Takaful hanya nak meletakkan keadilan kepada semua peserta. Jika tidak ramailah yang diabetic, yang sakit kritikal mengambil peluang dalam Takaful jadi ia menganiaya peserta lain. Oleh itu lah Takaful dapat mengelak daripada unsur Gharar, Maisir dan Riba tadi.


Maklumat lanjut? Lawati saya di blog penangtakaful.blogspot.com atau facebook "Penang MAA Takaful"
Berminat? Dapatkan Contoh Polisi Takaful untuk Anda
disini secara Percuma
Interested? Get your free Takaful Quotation
here .

Saturday, October 15, 2011

MAA Takaful Memenangi Kliff Award 3 Tahun Berturut-turut

MAA Takaful sekali lagi memenangi KLIFF Award - The Most Outstanding Takaful Product  untuk 3 tahun berturut-turut. Kami adalah yg terbaik, mengapa tunggu lagi? Pastinya kami menyediakan yang terbaik untuk anda.



Maklumat lanjut? Lawati saya di blog penangtakaful.blogspot.com atau facebook "Penang MAA Takaful"
Berminat? Dapatkan Contoh Polisi Takaful untuk Anda
disini secara Percuma
Interested? Get your free Takaful Quotation
here .

Pls Forward!
MAA Takaful Wins KLIFF Award for the 3rd Consecutive Year 

Sunday, October 9, 2011

TAKAFUL BERKAITAN PELABURAN

Takaful berkaitan pelaburan adalah pelan takaful keluarga yang menggabungkan pelaburan dan perlindungan takaful. Caruman anda akan memberi perlindungan takaful, termasuk manfaat kematian dan hilang upaya, dan sebahagian daripada caruman akan dilaburkan dalam pelbagai dana pelaburan pilihan anda yang dibenarkan oleh Syariah.


CIRI-CIRI TAKAFUL BERKAITAN PELABURAN
Takaful berkaitan pelaburan mempunyai ciri-ciri unik seperti berikut:
  • Anda diberi kelonggaran memilih paras perlindungan dan pelaburan.
  • Anda boleh mengubah jumlah caruman mengikut perubahan kedudukan kewangan anda.
  • Anda boleh menukar dana pelaburan yang sedia ada kepada dana pelaburan yang lain.
  • Anda boleh menebus sebahagian daripada unit berkaitan pelaburan anda pada bila-bila masa.
  • Anda boleh memilih untuk melabur dalam pelbagai jenis dana pelaburan (ekuiti, bon atau instrumen kewangan lain).

MEMILIH PELAN TAKAFUL
Jika anda berminat untuk mendapatkan takaful berkaitan pelaburan, pastikan anda:
  • Menentukan peruntukan sumbangan anda untuk perlindungan dan pelaburan.
  • Mempertimbangkan jumlah yang anda ingin laburkan, sama ada melalui pelan caruman sekali atau pelan caruman berkala.
  • Mempertimbangkan jenis pelaburan lain dan tahap risiko yang selesa untuk anda.
  • Menilai pilihan anda dengan bijak dalam mencari pelan yang bersesuaian dengan keperluan anda.
  • Mengetahui jenis-jenis dan jumlah caj dan fi yang dikenakan, seperi fi pengurusan dan lain-lain yang mungkin dikenakan untuk perkhidmatan yang diberikan.
  • Mengetahui fleksibiliti pertukaran dana anda.

JENIS-JENIS PERLINDUNGAN

Pelan Caruman Berkala :
  • Dalam pelan ini, bayaran premium di bayar sekali secara sekali gus.
  • Jumlah perlindungan biasanya adalah peratusan daripada caruman tunggal. Bayaran manfaat pula adalah jumlah perlindungan dan nilai unit berkaitan pelaburan.
  • Pelan ini lebih sesuai untuk mereka yang mempunyai sejumlah wang yang sedia untuk dilaburkan.
Pelan Caruman Berkala:
  • Dalam pelan ini, bayaran premium dibuat secara berkala, sama ada secara bulanan, suku tahunan, separuh tahunan atau tahunan.
  • Jumlah perlindungan biasanya ialah gandaan caruman tahunan.
  • Bayaran manfaat pula adalah jumlah perlindungan dan nilai unit berkaitan pelaburan.

MEMAHAMI RISIKO
Sebelum anda melaburkan wang dalam takaful berkaitan pelaburan, fikirkan tentang risiko yang sanggup anda ambil dan pastikan anda benar-benar memahami risiko yang terlibat dan bersedia membiarkan wang anda terikat untuk tempoh tertentu.

Maklumat lanjut? Lawati saya di blog penangtakaful.blogspot.com atau facebook "Penang MAA Takaful"
Berminat? Dapatkan Contoh Polisi Takaful untuk Anda
disini secara Percuma
Interested? Get your free Takaful Quotation
here .

Pls Forward!

Friday, September 23, 2011

Hutang Perubatan Semakin Tinggi !!!



Maklumat lanjut? Lawati saya di blog penangtakaful.blogspot.com dan facebook "Penang MAA Takaful"
Berminat? Dapatkan Contoh Polisi Takaful untuk Anda disini secara Percuma
Interested? Get your free Takaful Quotation here .

Pls Forward!

Wednesday, September 7, 2011

Mengapa anda perlu memilih "MAA TAKAFUL"

Insurans
Insurans adalah pemindahan risiko daripada seorang individu seperti anda, atau sebuah organisasi, seperti syarikat anda, kepada syarikat insurans. Anda atau syarikat anda akan dikenali sebagai pemegang polisi. Syarikat insurans akan menerima bayaran daripada anda dalam bentuk premium dan sekiranya anda mengalami sebarang kerugian atau kerosakan, syarikat insurans akan membayar pampasan kepada anda.

Takaful.
Takaful adalah pelan perlindungan berdasarkan prinsip Syariah. Dengan mencarum sejumlah wang ke dalam dana takaful dalam bentuk caruman penyertaan (tabarru), anda memeterai kontrak (aqad) bagi membolehkan anda menjadi seorang peserta dengan bersetuju untuk saling membantu antara satu sama lain, sekiranya salah seorang peserta mengalami kerugian yang ditetapkan.

Kedua-dua insurans dan takaful mempunyai prinsip asas yang sama. Sebagai contoh, pemegang polisi (anda) mestilah mempunyai kepentingan yang sah terhadap barang atau hayat yang diinsuranskan. Ini bermakna, anda akan menanggung kerugian kewangan sekiranya berlaku sesuatu kerosakan atau kehilangan kepada harta benda atau hayat yang diinsuranskan.

Anda tidak perlu membeli lebih daripada satu polisi atau pelan untuk melindungi harta anda. Sekiranya anda memiliki lebih daripada satu polisi, anda hanya boleh membuat satu tuntutan jika sebarang kerugian atau kerosakan berlaku. Jumlah yang boleh dibayar akan disumbangkan oleh syarikat-syarikat insurans yang terlibat. Oleh itu, anda tidak boleh meraih keuntungan daripada polisi insurans am atau pelan takaful. Sekiranya anda mengalami kerugian, syarikat insurans akan membayar pampasan yang setimpal atau anda akan ditetakkan kepada keadaan yang sama sebelum berlaku kerugian. Walau bagaimanapun, anda boleh membeli lebih daripada satu polisi untuk melindungi hayat anda.

Kontrak insurans atau takaful adalah atas prinsip penuh percaya mutlak . Oleh itu, anda sebagai pemegang polisi atau pelan haruslah mendedahkan semua maklumat penting yang diperlukan. Sekiranya anda gagal mendedahkan maklumat berkenaan, polisi atau pelan anda mungkin tidak sah dan anda tidak akan dilindungi ke atas sebarang kerugian atau kerosakan.

Selain itu, di bawah pelan takaful, anda boleh menikmati perkongsian lebihan daripada dana takaful, berdasarkan nisbah yang telah dipersetujui sekiranya anda tidak membuat sebarang tuntutan sepanjang tahun tersebut.


DIMANAKAH SAYA BOLEH DAPATKAN PRODUK INSURANS ATAU TAKAFUL

Anda boleh membeli polisi insurans atau menyertai pelan takaful:
  • Secara terus daripada syarikat insurans atau pengendali takaful
  • Melalui ejen berdaftar atau broker berlesen
  • Melalui institusi perbankan yang mempunyai urusan bankasurans dengan syarikat insurans atau pengendali takaful
  • Melalui Internet
Panduan penting apabila membeli polisi insurans atau menyertai pelan takaful.
  1. Benar-benar memahami polisi insurans atau pelan takaful anda termasuklah ciri-ciri produk, syarat-syarat, had manfaat dan pengecualiannya.
  2. Memastikan premium insurans dan caruman takaful yang akan dibayar adalah berpatutan.
  3. Memastikan amaun perlindungan adalah mencukupi dan sesuai dengan keperluan anda.
  4. Memastikan semua fakta penting didedahkan sepenuhnya.
  5. Berurusan hanya dengan ejen berdaftar/broker berlesen atau secara terus dengan syarikat insurans atau pengendali takaful.
  6. Memantau tempoh perlindungan dan masa untuk membayar premium atau caruman.
Mengapa anda perlu memilih "MAA TAKAFUL"

  • MAA Takaful telah memenangi award "The most outstanding Takaful product Award" 2 tahun berturut-turut untuk 2009 dan 2010
  • MAA Takaful menawarkan pelbagai pakej mengikut kemampuan anda. Perlindungan Asas serendah RM50 sahaja, Medical card serendah RM32 sahaja, polisi ini boleh diperolehi secara berasingan, dan banyak lagi.
  • MAA Takaful "No 1 syarikat yg ishtiharkan Surplus Sharing 50:50 selama 2 tahun berturut-turut" Anda berpeluang mendapatkan pulangan yang tinggi berbanding syarikat lain.
  • Syarikat pertama di Malaysia yang menawarkan perlindungan untuk 46 jenis penyakit dan yg termurah.Melindungi 3D : DEATH, DISABILITY OR DREAD DISEASE


Maklumat lanjut? Lawati saya di blog penangtakaful.blogspot.com dan facebook "Penang MAA Takaful"
Berminat? Dapatkan Contoh Polisi Takaful untuk Anda disini secara Percuma
Interested? Get your free Takaful Quotation here .

Pls Forward!

Saturday, September 3, 2011

MELINDUNGI MASA DEPAN ANDA



TAKAFUL KELUARGA
Anda tidak boleh menjangka apa yang akan berlaku. Justeru, anda perlu untuk bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang mendatang. Lindungilah diri dan keluarga anda dengan pelan takaful yang memberi perlindungan serta simpanan jangka panjang untuk anda dan keluarga anda. Ketahui bagaimana pelan takaful keluarga dapat membantu anda merealisasikan rancangan ini.

TAKAFUL BERKAITAN PELABURAN
Anda boleh menggabungkan faedah perlindungan takaful dengan pelaburan yang dibenarkan Syariah. , Anda bukan sahaja dapat menikmati faedah kewangan daripada pelaburan anda, malahan dapat menjamin perlindungan bagi anda dan mereka yang anda sayangi. Kecapilah jaminan ini dengan pelan takaful berkaitan pelaburan.

PELAN TAKAFUL PENDIDIKAN ANAK
Sebagai ibu bapa penyayang, anda pasti mahukan anak-anak anda berjaya mencapai cita-cita. Aspek utama dalam memastikan kejayaan mereka ialah melalui pendidikan. Bagi menjamin kejayaan anak-anak anda, terutamanya di dalam pelajaran, anda boleh memastikan pembiayaan pendidikan mereka terpelihara dengan pelan takaful pendidikan anak.

Berminat? Dapatkan Contoh Polisi Takaful untuk Anda disini secara Percuma
Interested? Get your free Takaful Quotation here .

Pls Forward!

Sunday, August 28, 2011

Adakah Anda Dilindungi ?

Ramai yang mempunyai perlindungan insurans atau takaful untuk kereta atau rumah mereka. Lazimnya, kereta dan rumah diinsuranskan kerana pemilik tidak mahu sebarang perkara yang tidak diingini berlaku ke atas harta benda ini. Tetapi mengapa masih ramai yang tidak melindungi diri dan keluarga seperti melindungi harta benda mereka?



Langkah I : RANCANG
*Apakah polisi yang anda miliki? Sudahkah anda membeli polisi takaful untuk diri anda?   Adakah majikan anda menyediakan takaful asas dan perubatan untuk anda? Bagaimana dengan keluarga anda? Isteri atau suami anda? Anak-anak anda? Adakah mereka dilindungi?

*Jika anda menjawab tidak, inilah masanya untuk anda merancang langkah seterusnya dengan teliti. Nilai sejauh mana anda dilindungi sekarang dan apa yang anda perlu lindungi.

Langkah 2 : LAKSANAKAN
Sebelum anda membeli pelan takaful, selidik dan ketahui lebih lanjut tentang produk takaful yang ada di pasaran. Bukan semua polisi atau pelan sesuai untuk anda. Polisi-polisi atau pelan-pelan yang berbeza menawarkan ciri-ciri, manfaat, syarat-syarat dan pengecualian yang berbeza.

Kaji terlebih dahulu polisi atau pelan yang ingin dibeli agar bersesuaian dengan keperluan dan peringkat
hidup anda. Lindungi diri anda. Lindungi mereka yang tersayang dan pastikan pelaburan anda untuk perlindungan ini berbaloi.

BOLEHKAH KELUARGA ANDA MENERUSKAN HIDUP TANPA ANDA?
Kehidupan kita di dunia adalah singkat. Mungkin anda telah memastikan keluarga anda terpelihara jika anda pergi dahulu, tapi adakah ia mencukupi? pelan takaful keluarga dapat menjamin daripada segi kewangan dan boleh memberi mereka perlindungan kewangan tambahan untuk meneruskan kehidupan setelah anda tiada. Dan dengan polisi seperti takaful berkaitan pelaburan dan pelan pendidikan anda, keluarga anda pasti akan mendapat perlindungan menyeluruh.

ADAKAH AHLI KELUARGA ANDA MEMERLUKAN RAWATAN PERUBATAN?
Kecederaan boleh berlaku dan penyakit boleh menyerang tanpa sebarang amaran. Rawatan yang tepat dan cepat merupakan antara cara yang terbaik untuk memastikan kecederaan atau penyakit yang dialami tidak memudaratkan. Dengan kos perubatan moden yang semakin meningkat, mendapatkan rawatan yang boleh menyelamatkan nyawa tidak harus bergantung kepada simpanan atau wang tunai anda semata-mata. Pastikan kos rawatan dan perubatan anda tidak menjadi masalah ketika anda memerlukannya dengan takaful perubatan dan kesihatan.

ADAKAH SIMPANAN ANDA CUKUP UNTUK KEHIDUPAN SELEPAS PERSARAAN?
Anda mungkin menghitung hari sehingga anda boleh berehat dengan secukupnya di samping keluarga. Walau bagaimanapun, dengan kadar inflasi kini, kadangkala wang simpanan anda tidak dapat memenuhi keperluan anda.

Dengan
anuiti persaraan, anda boleh melabur wang anda untuk kehidupan anda selepas bersara, agar wang yang anda perolehi sekarang boleh digunakan dengan lebih bermakna kelak.

ADAKAH ANDA SERING MELANCONG?
Ketika berada di luar negara, pelbagai perkara yang tidak diingini boleh berlaku seperti kehilangan pasport, kecederaan atau berlaku sesuatu yang lebih buruk. Insurans perjalanan menjamin anda serta barangan milik anda terpelihara. Insurans kemalangan diri atau takaful kemalangan diri,pula menjamin perlindungan ke atas diri anda 24 jam seantero dunia, tidak kira di mana anda berada.

Berminat? Dapatkan Contoh Polisi untuk Anda disini secara Percuma
Interested? Get your free Quotation here .

Pls Forward!

Friday, August 26, 2011

Jangan takut papa apabila bersedekah


 ALLAH berfirman: Dan carilah pada apa yang dianugerahkan Allah kepadamu (di dunia akan) kebahagiaan di akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu (dari kenikmatan) duniawi… (al-Qasas: 28)
Islam tidak menghalang umatnya mencari harta kekayaan untuk memastikan kehidupan yang selesa di dunia yang sementara ini.
Bagaimanapun, dalam ayat di atas, Allah mengingatkan umat Islam bahawa harta itu adalah cubaan kepada pemiliknya.
Wartawan MOHD. RADZI MOHD. ZIN menemu bual timbalan Dekan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Mohd. Nidzamuddin Zakaria bagi mengupas isu ini.

MEGA: Apakah konsep pemilikan harta menurut Islam?
Konsep pemilikan harta ini bermaksud syariah Islam memberikan kuasa dan autoriti yang sepenuhnya kepada seseorang Muslim itu untuk memiliki dan menguruskan hartanya tanpa sebarang halangan selagi ia berlandaskan hukum-hukum syarak dan berpaksikan kejelasan niat yakni mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. dalam setiap acara kehidupan kita. Ini adalah kerana Islam adalah agama yang tidak menolak dunia dan tidak juga mengenepikan kepentingan harta manusia.
Al-Quran sendiri menyebutkan perihal harta ini sebanyak 80 kali. Para sahabat pula bukan hanya golongan fakir dan miskin, malah ada segolongan mereka yang sangat mantap ekonomi dan terkenal dengan kekayaan mereka seperti Abu Bakar as-Siddiq, Uthman bin Affan, Abdul Rahman bin Auf, Suhaib al-Rumi dan lain-lain, pada masa yang sama, mereka adalah penderma dan penyumbang utama kepada proses dakwah Islam, pembangunan masyarakat dan pembangunan negara.
Jadi, Islam memandang peri pentingnya keseimbangan urusan dunia dan akhirat, hal ehwal ekonomi dan ibadat. Ini terserlah melalui doa mathur Nabi s.a.w. bermaksud: Ya Allah, perbaikilah urusan agamaku yang menjadi pegangan bagi setiap urusanku. Perbaikilah duniaku yang di situlah urusan kehidupanku. Perbaikilah akhiratku yang ke sanalah aku akan kembali. Jadikanlah hidupku ini sebagai tambahan kesempatan untuk memperbanyak amal kebajikan dan jadikanlah kematianku sebagai tempat peristirahatan dari setiap kejahatan.

Apakah pula tanggungjawab Muslim terhadap hartanya?
Semua orang mengidamkan kemewahan, kekayaan dan kekuasaan. Namun, berapa ramaikah yang bersedia memikul tanggungjawabnya dan menginsafi beratnya penghisaban Ilahi di padang raksasa bernama Mahsyar kelak? Inilah yang dikatakan sebagai akauntabiliti yang perlu ada dan disedari setiap Muslim hartawan berdasarkan peringatan Nabi Muhammad s.a.w. bermaksud: “Tidak akan berganjak kaki anak Adam pada hari kiamat sehingga dia disoal empat perkara, iaitu; tentang usianya, pada apa dihabiskannya, tentang masa mudanya untuk apa telah dipergunakannya, tentang hartanya dari mana diperoleh dan ke mana telah dibelanjakannya dan tentang ilmunya apa yang telah diamalkannya.” (riwayat al-Tirmizi).
Ringkasnya, tanggungjawab Muslim terhadap hartanya ada dua iaitu; Pertama, Mencari harta yang halal dan baik untuk diri dan keluarganya. Kedua, membelanjakan harta yang halal itu ke jalan Allah s.w..t termasuk memberi nafkah keluarga, menunaikan zakat, memberi bantuan atau derma kepada golongan kurang bernasib baik, menggunakannya untuk urusan ibadat tertentu (seperti haji dan umrah) dan lain-lain.

Harta adalah suatu yang disayangi oleh manusia. Bagaimana hendak melatih diri supaya menjadi orang yang berharta tetapi pemurah?
Tidak mengapa kita menyayangi harta dan tidak salah juga kita memiliki rumah yang besar, kenderaan yang hebat dan harta benda yang banyak. Namun biarlah semua itu hanya berada dalam pemilikan diri kita secara lahiriah dan bukan melekat di hati kita secara batin.
Ini adalah kerana, kalau harta sudah menakluki hati dan jiwa raga kita, maka sirnalah perasaan perhambaan kita pada Allah Yang Maha Kaya yang merupakan Pemilik Mutlak harta benda kita, lalu kita akan mendabik dada dan megah dengan ‘kekayaan kita’, wal’iazubillah.
Baginda pernah bersabda: Perumpamaan orang yang pemurah dan orang yang bersedekah seperti seorang lelaki yang memakai dua helai jubah atau dua helai baju besi bermula dari dadanya sehingga ke atas. Apabila orang yang pemurah apabila ingin memberi sedekah, maka baju itu longgar buatnya. Orang bakhil pula, apabila ingin bersedekah, maka baju itu menjadi rimas dan panas sehingga menutupi jari-jarinya dan tidak mampu melonggarkannya. (riwayat Bukhari)
Oleh itu, insafilah bahawa diri dan harta kita hanyalah pinjaman. Itulah harta kita selagi nyawa di kandung badan dan bukan apabila nyawa telah meninggalkan badan. Gunakanlah kekuatan jiwa dan akal kita untuk melawan nafsu serakah yang menggila dan terlalu cintakan harta. Ingatlah bahawa setiap harta yang dibelanjakan di jalan-Nya dijamin keberuntungan di dunia dan kebajikan yang berlipat ganda di akhirat sana. Usah dihiraukan berapa jumlah yang didermakan tapi yang penting ialah tindakan memberi sumbangan bakti tanpa ditangguh-tangguh lagi.
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: “Satu dirham telah berjaya mendahului seratus ribu dirham! Seorang lelaki mempunyai dua keping dirham lalu ia mengambil satu daripadanya untuk disedekahkan manakala seorang lelaki lain pula (selepasnya) memiliki harta yang banyak, lalu mengeluarkan seratus ribu dirham dan bersedekah dengannya.” (riwayat al-Tirmizi)
Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa niat yang ikhlas adalah teras utama amalan sedekah ini dan syarat terpenting ia diterima di sisi Allah s.w.t. lantaran sifat menunjuk-nunjuk itu hanya akan meranapkan ganjaran pahala ibadat itu sendiri.
Dalam sebuah hadis, Rasulullah menyebut antara lainnya: “Sesungguhnya sedekah itu dapat mencegah kemurkaan Tuhan dan menjauhkan diri daripada kematian yang buruk”. Apakah pengajaran daripada hadis riwayat Tirmizi ini?
Hadis ini menegaskan bahawa amalan bersedekah amat dikasihi Allah s.w.t. bahkan ia boleh memadam kemurkaan Allah terhadap dosa-dosa yang dilakukan hamba-Nya. Sebab itulah Baginda dalam hadis yang lain menegaskan bahawa: Takutlah neraka walaupun dengan hanya menderma sebelah buah kurma. (riwayat Bukhari)
Lantaran sedekah itu dipandang mulia di sisi Allah s.w.t dan boleh menyelamatkan seseorang dari azab neraka Allah. Hadis ini juga menjelaskan bahawa fadilat amalan bersedekah antara lain menurut para ahli Hadis dapat menghindarkan diri seseorang daripada kematian yang buruk seperti kematian akibat kebakaran, kelemasan, kemalangan jalan, ditimpa bangunan atau dirasuki syaitan dan sebagainya.
Dalam al-Quran, Allah menyatakan yang harta itu adalah cubaan bagi manusia. Berdasarkan firman Allah: Sesungguhnya hartamu dan anak-anak hanyalah cubaan bagimu dan di sisi Allahlah pahala yang besar. (al-Taghabun: 15). Apakah maksud cubaan di sini?
Imam Ibn Kathir dalam kitab tafsirnya ada menghuraikan maksud cubaan ini secara terperinci. Secara asasnya, cubaan itu adalah ujian yang dikenakan oleh Allah s.w.t. terhadap hamba-hamba-Nya untuk melihat siapakah yang melakukan taat atau maksiat terhadap-Nya melalui harta benda dan anak-anak tersebut. Kita tidak boleh melarikan diri kita daripada fitnah dan ujian ini, namun kita dituntut mengendalikan secara saksama dan bijak.
Imam Ahmad dalam kitab musnadnya ada merakamkan suatu peristiwa semasa Rasulullah s.a.w. sedang memberikan khutbah, tiba-tiba jatuh dua orang cucu kesayangan Nabi bernama Hasan dan Husin yang berpakaian serba merah ketika berjalan di hadapan Baginda lalu Nabi bersabda: “Benarlah firman Allah bahawa hartamu dan anak-anak hanyalah cubaan bagimu.”
Justeru, janganlah sampai kesibukan mengumpulkan harta benda dan keasyikan melayan kerenah anak-anak melekakan kita daripada mengingati Allah. Contohnya berkelah atau membeli belah hingga lupakan solat. Malah, lebih berat lagi, sekiranya harta benda itu diperoleh secara haram dan digunakan dalam perkara-perkara yang maksiat lalu diberikan pula kepada anak-anak. Maka itulah satu ujian dan bala besar yang bakal menimpanya di hari kiamat kelak.

Apakah jaminan Allah kepada mereka yang berharta dan menginfaqkannya ke jalan Allah?
Jaminan Allah ini ada dinyatakan-Nya dalam surah al-Baqarah ayat 261-262 yang bermaksud: Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya. Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan (agama) Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan perkataan membangkit-bangkit (pemberiannya) dan tidak pula menyinggung atau menyakiti (pihak yang diberi), mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.
Jadi, usahlah ditakuti kepapaan di sebalik derma yang dilakukan dan jangan pula dirisaukan balasan Tuhan setelah sedekah itu dihulurkan. Harta yang disedekahkan kerana Allah, di jalan-Nya dan untuk kemaslahatan agama dan umat Islam akan subur dan dilimpahi berkat serta pahalanya pula berkembang dan berpanjangan hinggalah di negeri akhirat nanti.

Berminat dgn MAA Takaful? Dapatkan Contoh Polisi untuk Anda disini secara Percuma.
Interested with MAA Takaful? Get your free Quatation here . 

Source: Utusan Malaysia Online
Tuesday, December 18, 2007

Sumber: http://kota.ibfim.com/index.php?option=com_content&task=view&id=1154&Itemid=179

Pls Forward!

Wednesday, August 24, 2011

CANCERCARE (Bahasa)

"Tak mungkin saya menghidap kanser." Inilah perkara yang mungkin terlintas dalam hati apabila kita memikirkan tentang kanser. Malangnya, dalam dunia hari ini, tiada siapa yang boleh bersikap terlalu yakin bahawa mereka boleh mencegah penyakit memudaratkan ini. Namun, dengan kemajuan perubatan yang sedia ada, kebanyakan kanser boleh dikesan di peringkat awal dan berjaya dirawat.
Kanser ialah sejenis penyakit yang tidak memilih bulu. Penyakit ini tidak peduli badan siapa yang diserangnya. Sel kanser hidup semata-mata untuk memenuhi matlamatnya sendiri untuk membiak. Kanser langsung tidak menunjukkan belas kasihan dalam usahanya untuk mengambil alih badan perumah sehingga tubuh yang dihuninya tidak lagi wujud.

Kanser. Perkataan yang sering dikaitkan dengan kematian.
Terdapat 210 jenis penyakit yang diklasifikasikan di bawah nama kanser. Kanser menyerang 11 juta dewasa dan kanak-kanak setiap tahun di seluruh dunia dan meragut enam juta nyawa setahun. Di negara kita, 45,000 rakyat Malaysia disahkan menghidap kanser setiap tahun. Kanser ialah punca kematian kedua terbesar di Malaysia selepas sakit jantung.
Statistik ini memang menggerunkan dan kebarangkalian menundukkan kanser untuk terus hidup hanya satu dalam empat. Tidak hairanlah ketabahan penghidap kanser untuk menentang penyakit ini benar-benar teruji.

Jaminan kewangan membantu menentang kanser
Persediaan kewangan sangat penting dalam usaha menentang kanser. CancerCare boleh membantu menjamin kedudukan kewangan anda. Pelan ini membantu anda membuat persiapan kewangan dan menanggung bil rawatan kanser, supaya anda dapat memberi tumpuan untuk kembali pulih tanpa bimbang tentang masalah kewangan. Menerusi perlindungan meluas kanser peringkat awal dan lanjutan, pelan ini menyediakan sumber kewangan yang diperlukan supaya anda mendapat rawatan perubatan seawal mungkin dan memberikan peluang terbaik kepada anda untuk meneruskan kehidupan.
Menerusi CancerCare, anda bukan sahaja melindungi kesejahteraan diri, tetapi tabungan anda juga dapat dikekalkan, kerana pelan komprehensif ini membayar apabila Kanser disahkan di peringkat awal dan lanjutan.
Lindungi diri anda dengan CancerCare hari ini. Pelan ini adalah cara terbaik untuk memastikan anda bersedia untuk menghadapi ancaman penyakit yang paling pantas menular di Malaysia.

Mengenai CancerCare
CancerCare ialah pelan perubatan yang menyediakan bayaran manfaat sekali gus jika orang dilindungi menghidap Kanser dan Kanser atau Karsinoma In Situ (CIS) Khusus Jantina. Selain itu, kami juga memudahkan tuntutan dibuat bagi belanja pengebumian.

Belanja Pengebumian
Wang RM10,000 akan dibayar bagi kematian atas apa jua sebab.

Mengapa anda patut memilih CancerCare
  1. Pelan kanser komprehensif yang melindungi segala bentuk kanser
  2. Dirangka secara unik, untuk membayar manfaat di peringkat awal dan lanjutan kanser
  3. Perlindungan sehingga RM500,000 bagi kanser, dengan caruman serendah RM67 setahun
  4. Pelepasan cukai sehingga RM3,000. Pelepasan cukai tertakluk kepada kelayakan Peserta dan kelulusan dari Lembaga Hasil Dalam Negeri
  5. Perkongsian Lebihan 50% kepada peserta jika tiada tuntutan dibuat.
Sertailah Sekarang!!!!@
Tlg Forward kepada Rakan anda untuk menunjukkan anda juga CARE!

Tuesday, August 23, 2011

CancerCare

"It won’t happen to me." That’s the first reaction when one thinks of cancer. Unfortunately, in today’s day and age, no one can say with confidence that cancer can be avoided. However, with medical advances, it is possible to diagnose most forms of cancer early and treat them successfully.
Cancer is a sickness that does not discriminate. It does not care about the body in which it calls home. It only cares about satisfying its greed and satisfying its need to multiply. It is merciless in its mission to take over its host completely until the host no longer exists.

Cancer. It is a dreaded word that many consider a death sentence.
There are 210 types of diseases classified under the umbrella name of cancer. Cancer strikes 11 million adults and children every year throughout the world and six million die from it annually. Closer to home, 45,000 Malaysians are told every year that they have cancer. In Malaysia, cancer is the second leading cause of death after heart disease.
The statistics are frightening and the odds of surviving cancer are one in four. Is it any wonder that people with cancer find it difficult to face this dreaded disease bravely?

Financial security helps beat cancer
Financial preparedness is, therefore, very critical in the fight to overcome cancer. And this is what CancerCare helps you with. The plan keeps you financially prepared and covers you against expensive cancer treatment bills, so that you can focus on getting better without worrying about the money. Through its extensive coverage of both early and advanced cancers, the plan provides the necessary financial resources so that you get the best possible medical treatment as early as possible, and maximize your chances of survival.
With CancerCare, you not only safeguard your well-being but also your savings, which stays intact, for this comprehensive plan pays for diagnosis of early and advanced Cancer.
Protect yourself with CancerCare today. It is the surest way to keep yourself well-armed against Malaysia’s most rapidly growing illness.

What is CancerCare
CancerCare is a medical plan that provides lump sum benefit payments if the person covered is diagnosed with Cancer, Gender Specific Cancer or Carcinoma In Situ (CIS). In addition, we also provide a hassle free claim for funeral expenses.

Sign Up Now!!!!..

Saturday, August 20, 2011

Pantun Raya Mengikut Negeri Masing-Masing


Kelantan
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita
Terengganu
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile
Pahang
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin
Johor
Cegitu cegini awak suke ek
Awak suke kite tak suke ek
Esok luse hari raye ek
Sama-sama bersuke rie ek

Melaka
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

N. Sembilan
Masak lomak cili api
Campo dongan ! daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri

Selangor/K.Lumpur
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

Perak
Gulai tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampai

Kedah
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

Penang
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepas raya usah dok triak
Kalu ceti mai ikut dapoq

Perlis
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang

Sorry la Sabah n Sarawak jauh nak kena naik belon baru boleh buat Pantun…

Tuesday, August 16, 2011

Bagaimana Puasa Meningkatkan Kesihatan

Sudah banyak terbukti bahawa puasa dapat meningkatkan kesihatan. Misalnya, dengan puasa maka organ-organ pencernaan dapat beristirahat. Pada hari biasa alat-alat pencernaan di dalam tubuh bekerja keras. Setiap makanan yang masuk ke dalam tubuh memerlukan proses pencernaan lebih kurang lapan jam. Empat jam diproses di dalam perut dan empat jam di usus kecil (ileum).
Jika malam sahur dilakukan pada pukul 4.00 pagi, bererti pukul 12 tengahari alat pencernaan selesai bekerja. Dari pukul 12 tengahari sampai waktu berbuka, lebih kurang selama enam jam, alat pencernaan mengalami istirehat total.
Meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Berdasarkan penelitian yang dilakukan para ahli kesihatan, ternyata dengan berpuasa sel darah putih meningkat dengan pesat sekali. Penambahan jumlah sel darah putih secara automatik akan meningkatkan sistem kekebalan tubuh.
Menghambat perkembangan atau pertumbuhan bakteria, virus dan sel cancer. Dalam tubuh manusia terdapat parasit-parasit yang menumpang makan dan minum. Dengan menghentikan kemasukan makanan, maka kuman-kuman penyakit seperti bakteria-bakteria dan sel-sel cancer tidak akan dapat bertahan hidup. Mereka akan keluar melalui cairan tubuh bersama sel-sel yang telah mati dan toksin.
Manfaat puasa yang lain adalah membersihkan tubuh dari racun kotoran dan hampas, mempercepat regenasi kulit, menciptakan keseimbangan elektrolit di dalam perut, memperbaiki fungsi hormon, meningkatkan fungsi organ reproduksi, meremajakan atau mempercepat regenerasi sel-sel tubuh, meningkatkan fungsi fisiologis organ tubuh, dan meningkatkan fungsi susunan saraf.
Amalkan carahidup sihat. Dapatkan perlindungan diri sebagai persedian awal.

Monday, August 15, 2011

Di Awal Dan Akhir Ramadan 2011 – Syawal 1432H

Ketika Hampir Ramadhan
-Hari- hari sebelum ramadhan kita dapat melihat berpusu-pusu manusia cuba memenuhi kedai-kedai makan steamboat atau grill atau apa-apa saja bagaikan kehadiran ramadhan adalah penutup nafsu untuk segala makanan atau minuman malah seakan-akan kehadiran hari kiamat.Manusia akan dating beramai-ramai untuk memuaskan nafsu umpama mereka berpuasa dibulan ramadhan tanpa berbuka puasa.Adakala mereka makan dan minum seperti kelihatan tiada lagi kehidupan esok harinya.

Di awal Ramadhan
-Mereka berpusu-pusu ke masjid menunaikan terawih malah ada yang mengutamakannya berbanding solat 5 waktu.  Memang patut dipuji namun mereka mengharap pahala dari hadis-hadis palsu kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadilat sembahyang Tarawih pada bulan Ramadan antaranya:
Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).
Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh .
Dek kerana perasan kononnya lebih memahami agama dari orang lain maka timbul perasaan bangga,riak dan takbur ketika mengerjakannya  lebih-lebih lagi apabila memandang sinis pada orang yang tidak dapat hadir sedangkan orang tersebut la yang menghidupkan diakhir-akhir ramadhan.

Di akhir Ramadhan
-Mereka sibuk  untuk menghiasi  dan mencantikkan rumah sehingga mereka lupa syurga Allah itu lebih indah (terawih /Amal Ibadat)  atau memperbaharui peralatan yang kononnya menarik dan canggih ,bukanlah kerana keperluan tapi hanyalah semata-mata mengharapkan pujian dan sanjungan orang-orang yang hadir ke rumahnya di hari raya nanti sehingga mereka lupa bahawa syurga Allah jualah sebaik-baik tempat. Disebabkan obses mengharapkan pujian-pujian inilah ada diantara mereka sanggup berhutang malah meminjam melebihi kemampuan diri untuk membayarnya semula.
-Mereka juga  berpusu-pusu membeli belah untuk persiapan raya  umpama kiamat bakal tiba keesokan harinya. Hinggakan pernah diceritakan perbualan antara orang- orang cina mengenai hari raya yang didengari oleh seorang melayu yang memahami bahasa cina tersebut.
“Penuh dengan orang melayu ! Kalau orang-orang melayu tiba-tiba bersatu mahu mengamuk dalam pasaraya ini pasti mati semua orang-orang cina  tapi tak mungkin mereka bersatu”
“Raya cina kita untung pasal semua orang melayu beli bekalan awal-awal pasal  kedai kita tutup lama,raya india kita untung pasal kita memang buka kedai tak tutup..raya melayu lagi untung pasal peniaga melayu pun beli sama kita,melayu biasa pun beli sama kita juga..semua raya kita untung..haha”
“haha..itu melayu bukan bodoh tapi tak pandai saja”
Adakah Aidilfitri juga sebenarnya untuk org bukan islam?
Selamat berpuasa dan beramal dibulan Ramadan al -Mubarak kepada anda!

Friday, August 12, 2011

11 PERKARA PENTING UNTUK DIPERTIMBANGKAN BAGI MEMILIH KAD PERUBATAN

           Kebanyakkan prospek saya bertanyakan soalan begini kepada saya :-“Kad Perubatan apa yang paling bagus ?”. “Saya dengar Kad Perubatan ABC tu bagus sebab memberi perlindungan hingga RM 1.6 juta, apa yang bagusnya dengan Kad Perubatan DEF ni, sedangkan perlindungannya hanya RM 600 ribu je?”.“Ada perbezaan ke Kad Perubatan yang (stand alone) dengan Kad Perubatan sebagai (rider)?”.   Jawapan saya :-    Perkara penting untuk dipertimbangkan bagi memilih Kad Perubatan adalah dengan menilai perkara-perkara berikut :-  

1. JUMLAH PERLINDUNGAN KESELURUHAN YANG DIPERLUKAN  
Setiap Kad Perubatan yang ditawarkan kepada pelanggan dalam pasaran mempunyai Jumlah Perlindungan Keseluruhan yang berbeza. Ini kerana pelbagai pilihan diberikan bagi mencapai kehendak perlindungan oleh pelanggan. Ada pelanggan yang mahukan jumlah perlindungan yang tinggi dan ramai juga yang hanya perlukan jumlah perlindungan yang sederhana dan rendah.  Dalam perkara ini pelanggan yang menentukan berapakah jumlah perlindungan yang diperlukan, bukannya Ejen / Perunding Takaful / Insuran. Jumlah Perlindungan Keseluruhan yang diambil berkadaran terus dengan Jumlah Sumbangan / Caruman Kad Perubatan tersebut. Semakin tinggi jumlah perlindungan semakin tinggi juga jumlah sumbangan / caruman. Pelanggan perlu menilai kemampuannya membayar sumbangan / caruman bagi mendapatkan jumlah perlindungan yang diperlukan.  
Nota :- Kad Perubatan SMARTMEDIC MAA TAKAFUL menyediakan JUMLAH PERLINDUNGAN KESELURUHAN berdasarkan 4 Pelan iaitu :-
PELAN 1 = RM 150,000             PELAN 2 = RM 300,000               
PELAN 3 = RM 450,000             PELAN 4 = RM 600,000  
Kos langganan Kad Perubatan SMARTMEDIC MAA TAKAFUL adalah yang TERENDAH di pasaran dengan menawarkan JUMLAH PERLINDUNGAN KESELURUHAN yang tinggi.
    
2. JUMLAH PERLINDUNGAN TAHUNAN YANG DIPERLUKAN  
Walaupun pelanggan sudah mendapatkan Jumlah Perlindungan Keseluruhan yang diperlukan (sebagai contoh: RM 150,000), namun ia tertakluk kepada Jumlah Perlindungan Tahunan yang dibenarkan (sebagai contoh: RM 50,000). Pelanggan juga perlu menilai keperluan Jumlah Perlindungan Tahunan yang diperlukan berdasarkan risiko yang diterima. Jika pelanggan mempunyai risiko mendapat penyakit kritikal yang tinggi disebabkan ada sejarah masalah kesihatan keluarga yang berlaku kepada ibu bapa pelanggan dan juga risiko berlaku kemalangan kerana jarak perjalanan dari rumah ke tempat kerja pelanggan yang jauh dan sesak, maka dia perlu menimbang mendapatkan Jumlah Perlindungan Tahunan yang lebih tinggi (sebagai contoh: RM 200,000). Namun begitu pelanggan perlu menilai kemampuannya untuk membayar sumbangan / caruman bagi mendapatkan jumlah perlindungan yang diperlukan kerana semakin tinggi jumlah perlindungan yang diambil, semakin tinggi jugalah jumlah sumbangan / caruman.  
Nota :- Kad Perubatan SMARTMEDIC MAA TAKAFUL menyediakan JUMLAH PERLINDUNGAN TAHUNAN berdasarkan 4 Pelan iaitu :-
PELAN 1 = RM 50,000                PELAN 2 = RM 100,000             
PELAN 3 = RM 150,000              PELAN 4 = RM 200,000    

3. TEMPOH PERLINDUNGAN  
Pelanggan juga perlu mengambil tahu Tempoh Perlindungan Kad Perubatan yang diambil dari segi tempoh matang Kad Perubatan tersebut. Terdapat perbezaan Tempoh Perlindungan antara Kad Perubatan ‘stand alone’ dan rider. Jika Kad Perubatan diambil sebagai rider kepada sesuatu Polisi, maka ia tertakluk kepada tempoh matang polisi tersebut. Sebaliknya bagi Kad Perubatan yang diambil secara ‘stand alone’. Contohnya: Jika pelanggan mengambil Polisi Pendidikan untuk anaknya, maka Tempoh Perlindungan Kad Perubatan yang diambil sebagai rider akan tertakluk kepada tempoh matang polisi tersebut yang kebiasaannya matang pada umur 25 tahun. Jika pelanggan ambil Kad Perubatan untuk anaknya secara ‘stand alone’, maka Tempoh Perlindungan Kad Perubatan tertakluk kepada tempoh matang Kad Perubatan. Tempoh Perlindungan Kad Perubatan yang berada di pasaran juga berbeza dari segi tempoh matangnya, ada sehingga umur PESERTA mencapai 70 tahun, 80 tahun dan 100 tahun.  
Nota :- Kad Perubatan SMARTMEDIC MAA TAKAFUL memberikan TEMPOH PERLINDUNGAN sehingga umur PESERTA 80 tahun.   
 
4. MANFAAT KEMATIAN ( SEMUA SEBAB )  
Tidak semua Kad Perubatan yang berada di pasaran menawarkan Manfaat Kematian. Ada juga yang menawarkan Manfaat Kematian bagi sebab kemalangan sahaja. Terdapat perbezaan Jumlah Manfaat Kematian bagi Kad Perubatan yang diambil secara ‘stand alone’ dan rider. Jumlah Manfaat Kematian bagi Kad Perubatan diambil sebagai rider tertakluk kepada Jumlah Manfaat Kematian yang terdapat pada polisi tersebut.  
Nota :- Kad Perubatan SMARTMEDIC MAA TAKAFUL menawarkan MANFAAT KEMATIAN (semua sebab) sebanyak RM 5,000 bagi Kad Perubatan ‘stand alone’. Manakala MANFAAT KEMATIAN bagi Kad Perubatan yang diambil sebagai rider kepada polisi, manfaat kematian tertakluk kepada JUMLAH PERLINDUNGAN ASAS polisi tersebut.    

5. KADAR HARGA BILIK & PENGINAPAN  
Kadar Harga Bilik & Penginapan yang ditawarkan oleh Kad Perubatan juga berbeza-beza mengikut kepada jenis pelan perlindungan dari serendah RM 100 hinggalah setinggi RM 450.  Bilik Penginapan yang ditawarkan oleh pihak Hospital juga berbeza-beza mengikut jenis. Sudah tentu kadar harga bilik penginapan tersebut berbeza mengikut kepada keselesaan, privasi dan fasiliti yang disediakan. Namun apa yang pelanggan perlu tahu, adakah terdapat fleksibiliti yang ditawarkan oleh Kad Perubatan yang diambil. Contoh: Pelanggan mengambil Kad Perubatan dengan Kadar Harga Bilik & Penginapan yang dibenarkan adalah RM 100, sedangkan pelanggan mahu menukar bilik dengan mengambil bilik penginapan yang berharga RM 450. Adakah ia dibenarkan dan adakah perbezaan kadar harga tersebut ditanggung? Apakah terma dan syarat yang dikenakan ?  
Nota :- Jika pelanggan ( Orang Yang Dilindungi ) Kad Perubatan SMARTMEDIC MAA TAKAFUL dimasukkan ke dalam Hospital pada Kadar Harga Bilik & Penginapan yang lebih tinggi daripada manfaat yang dia layak, pelanggan tersebut perlulah menanggung 10% sahaja bayaran daripada kadar tersebut.    

6. YURAN LAPORAN PERUBATAN  
Tidak semua Kad Perubatan di pasaran menanggung bayaran Yuran Laporan Perubatan. Adalah lebih baik memiliki Kad Perubatan yang menanggung bayaran tersebut dan biasanya jumlah tanggungan bayaran Yuran Laporan Perubatan diberikan berbeza mengikut  jenis Pelan Perlindungan yang dilanggan.  
Nota :- Kad Perubatan SMARTMEDIC MAA TAKAFUL menanggung BAYARAN YURAN LAPORAN PERUBATAN berdasarkan jenis pelan iaitu :-
PELAN 1 & 2 = RM 80               
PELAN 3 & 4 = RM 100    

7. CUKAI PERKHIDMATAN KERAJAAN  
Tidak semua Kad Perubatan di pasaran menanggung bayaran cukai perkhidmatan sebanyak 6% yang dikenakan oleh kerajaan. Perkara ini sering terlepas pandang oleh ramai pelanggan.  
Nota :- Kad Perubatan SMARTMEDIC MAA TAKAFUL menanggung sepenuhnya CUKAI PERKHIDMATAN KERAJAAN yang dikenakan.    

8. BAYARAN KO-TAKAFUL / KO-INSURAN  
Apakah yang dimaksudkan dengan Bayaran Ko-Takaful / Ko-Insuran ?  Sesetengah Kad Perubatan mengenakan bayaran sebanyak 10% bayaran ko-takaful / ko-insuran ( tertakluk kepada bayaran minimum sebanyak RM 300 dan maksimum RM 3,000 ) kepada pelanggan Kad Perubatan terhadap jumlah bayaran caj bil perubatan. Jadi, pihak pelanggan perlu membayar sebanyak 10% daripada jumlah bayaran caj bil perubatan tersebut sebelum meninggalkan hospital dan selebihnya akan dibayar oleh pihak syarikat operator Takaful / Insuran. ( Contohnya: Jika jumlah bil perubatan sebanyak RM 10,000, pelanggan perlu membayar sebanyak RM 1,000 dan pihak syarikat operator Takaful / Insuran akan membayar selebihnya sebanyak RM 9,000 terhadap bil perubatan tersebut ). Terdapat juga Kad Perubatan yang mengenakan syarat terhadap pengecualian Bayaran Ko-Takaful / Ko-Insuran, sebagai contoh Tiada Bayaran Ko-Takaful / Ko-Insuran dikenakan jika tuntutan bil hospital tidak melebihi satu jumlah yang ditetapkan ( sebagai contoh : tidak melebihi RM 22,000 ).  
Nota :- Kad Perubatan SMARTMEDIC MAA TAKAFUL tidak mengenakan BAYARAN KO-TAKAFUL / KO-INSURAN.    

9. TERMA & SYARAT  
Bakal pelanggan Kad Perubatan perlulah jelas dan faham mengenai terma & syarat yang terdapat dalam setiap Polisi Kad Perubatan. Anda perlulah bertanya kepada Ejen / Perunding Takaful / Insuran anda mengenainya. Antara perkara yang perlu difahami adalah seperti:-Tempoh masa dan bilangan hari yang layak untuk mendapat tuntutan bagi sesuatu manfaat.Jumlah bilangan hari maksimum untuk sesuatu manfaat yang layak mendapat tuntutan.Terma dan syarat sebelum kemasukan ke dalam hospital dan selepas keluar hospital.Terma dan syarat bagi setiap manfaat perlindungan yang ditawarkan.    

10. STAND ALONE atau RIDER  
Apakah yang dimaksudkan dengan Kad Perubatan ‘Stand Alone’?. Ia bermaksud Kad Perubatan ini boleh dilanggan tanpa perlu disertakan bersama dalam Polisi Pelan Asas Perlindungan Takaful.   Apakah yang dimaksudkan dengan Kad Perubatan ‘Rider’?. Ia bermaksud Kad Perubatan ini disertakan bersama dalam Polisi Pelan Asas Perlindungan Takaful sebagai manfaat tambahan.   Kad Perubatan yang dilanggan secara ‘Rider’ bersama Polisi Pelan Asas Perlindungan Takaful lebih baik kerana mempunyai lebih banyak manfaat perlindungan.  
Nota :- Kad Perubatan SMARTMEDIC MAA TAKAFUL boleh dilanggan secara ‘Stand Alone’ atau sebagai ‘Rider’. Perbezaan antara ‘Stand Alone’ dan ‘Rider’:-Kos Caruman – kos caruman Kad Perubatan sebagai ‘Rider’ lebih murah berbanding ‘Stand Alone’.Masalah Bayaran Caruman – Polisi Kad Perubatan akan tamat serta merta jika berlaku ‘lap’ / caruman Kad Perubatan tidak dibayar melebihi tempoh akhir bagi Kad Perubatan ‘Stand Alone’. Berbeza dengan Kad Perubatan sebagai ‘Rider’, jika berlaku ‘lap’ terhadap caruman Polisi Pelan Asas Perlindungan Takaful, ia tidak akan menamatkan Polisi Kad Perubatan selagi mana Akaun Pelaburan Peserta boleh menampung bayaran caruman Polisi Pelan Asas Perlindungan Takaful.    

11. MOD BAYARAN LANGGANAN / CARUMAN  
Tidak semua Kad Perubatan yang dilanggan secara 'stand alone'  menawarkan mod bayaran secara bulanan, 3 bulan atau 6 bulan. Perkara ini perlu dinilai oleh pelanggan kerana tidak semua pelanggan mampu membayar sejumlah amaun yang banyak ( mod bayaran tahunan ) untuk melanggan Kad Perubatan tersebut.
Nota :- Kad Perubatan SMARTMEDIC MAA TAKAFUL boleh dilanggan secara mod bayaran 1 BULAN, 3 BULAN, 6 BULAN atau 12 BULAN.     Kesimpulannya :-   SMARTMEDIC MAA TAKAFUL bekerjasama dengan ‘Managed Care Oragnization’ iaitu Metronic iCares Services untuk menyediakan bantuan PERCUMA 24 jam bagi memudahkan anda :-Urusan kemasukan ke HospitalPenyelesaian terus ke atas bil-bil hospital sejurus selepas keluar Hospital 

Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan mengenai Kad Perubatan, sila kemukan pertanyaan anda kepada saya di :- najibpng@ymail.com atau layari Blog saya : http://www.penangtakaful.blogspot.com/   Tinggalkan pesanan anda di sana. Jika berminat untuk maklumat terkini tentang perlindungan MAA tingalkan email anda di ruangan Follow by Email.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...